Sky light
renown : 2017
Ahad, 1 Januari 2017 {0} | Leave a comment ?

hyep, assalamualaikum, sempena first post of 2017, aku nak buat self introduction sikit. ye lah, dah lama aku kat sini, tanpa follower *cries. //acah jer.

so untuk menyambut 2017 ni, aku nak bercerita ttg diri aku yang sekarang. tapi bapak aku kata tak elok kongsi maklumat peribadi dekat internet.. hmm *angkat bahu.

nama siapa?
1- nama pena, irene adler. korang boleh panggil aku ady.

umur berapa?
2- so tahun ni aku tinggalkan zaman belas-belas aku dan masuk ke usia 20 tahun. siapa lagi budak 97 sama dengan aku boleh komen saya ; ) especially dak2 september.

tinggal kat mana?
3- asalnya aku dari petaling jaya selangor. tapi sekarang duduk area gong badak, kuala terengganu.

sekarang belajar mana?
4- UMT, universiti malaysia terengganu. sesiapa lalu unisza gong badak ke boleh lah roger2.. hahaha

course apa ya?
5- sm sains biologi. tapi aku menyesal sikit terima course ni. sebab .. entah lah mood belajar aku dah hilang, ingatan aku pun kelaut. bio kan banyak baca, hafal, hadam... hrmm

dulu belajar mana?
6- dulu aku matrik melaka. sebelum tu sekolah menengah ibn khaldun, jalan kebun shah alam. sebelum tu lagi, sk sultan alam shah 2, petaling jaya belakang rumah aku. //sekolah kecik je, jangan silap dengan sekolah yg mahal tu pulak.

favourite pastime?
7- hmm, tidur. dengar lagu (sambil karok or menari hahaha), layan manga. tengok fon ( fb, insta, games, sampai dah tak tahu nak buat apa dengan fon)

lagu yang paling suka dengar?
8- lagu2 dari aqua timez.   pastu dari simple plan... aku jenis yg suka lagu sedih (tapi taksemuanya sedih). tak kisah lagu tu slow atau noisy, but mostly rnb kott.. // aku bukan tahu sangat genre2 ni../ yang penting aku boleh sing along. boleh jadi rock macam faizal tahir/mcr(?)/linkinpark(?)/orangerange, romance macam segala jenis ost yang ada.... yep mostly jugak adalah ost.
korang cuba dengar chiisana tenohira (aqua timez) dengan lagu michishirube (orange range). jauh beza ke tak? //erkk
and, aku tak banyak dengar lagu2 baru, so kenalkan kat aku lagu2 yang korang nak aku dengar.

suka layan novel tak?
9- suka. kalau tak mana nak datang idea menulis. sebab akak aku yang ajar aku membaca dari kecik lagi dia dah hadiahkan novel. but lately, aku tak minat membaca sangat. pastu aku berpaling ke arah english novel. sebab banyak jalan cerita yang cliche. banyak sangat cerita yang dah tak original. termasuk lah cerita2 yang aku buat jugakkkk =="
aku sarankan citer versus, mmg cerita zaman 2009 eh.. tapi bagi impak besar time aku final kat matrik dulu. and baru2 ni aku baca kau cinta akhirku, sekuel untuk pengantin ekspress karya pitteriah abdullah.. series banyak pengisian dalam ni.. //tapi itulah, dengan keadaan aku sekarang ni tak masuk ke dalam hati pulakkk =="

any secret talent?
10- entah? writing? im not so good with speaking, ...
sebab aku dah dormant selama beberapa bulan, aku lupa diri aku siapa dan tengah korek balik potensi diri aku.

apa ada dalam kepala kau?
11- serabut. bercampur baur. korang pun tahu daripada post2 sebelum ni aku terlibat dengan p*** and y***. aku rindu dengan bi'ah sekolah menengah aku dulu.. tapi nak angkat balik diri ini, xtahu kenapa payah sangat. pastu dalam kepala ni ade manga, sedikit idea novel, sedikit lirik lagu, kemalasan membukit, sedikit kedegilan dan kesombongan. ade sedikit memori tentang ayat2 quran. lagi, dalam kepala aku ada dia.

siapa si dia?
12- seseorang lelaki yg aku dah duduk dalam hati aku sejak 4tahun yang lalu. duduk subang jaya, belajar kat bangi. nak kata im all over him, taklah jugak. sebab kalau ade sesiapa yg muka agak sama dengan dia, tak lepas mata ni dari mengushar orang tu.

kata nak berubah?
13- aku .. bukan tak nak berubah. tetapi stress buat aku kembali menjadi sampah. terukkan aku ni..

azam yang kau nak capai tahun ni?
14- bukan lah azam sangat. tapi life goal yg perlu ada dekat setiap muslim. bersungguh2 jaga solat, semakin akrab dengan solat, semakin nikmat dengan solat. aku tahu itu je yang aku perlukan dalam hidup ni untuk berubah.

hmm.. bila nak kahwin?
15- weyh, kalau ikut perancangan aku tahun depan aku kawein. tapi nak buat macam mana... calon reject aku... huaaaa //hahaha

life goals?
16- life goal untuk tahun ni... nak kasi terel masak. nak berhenti tido pagi berjaga malam... nak improve !

apa lagi yang kau buat dengan hidup?
17- hari2 aku tak banyak pun. hari tu pernah yoga and buleet journaling sementara tunggu masuk u. dah hilang di bawah timbunan stress. haihhh, nanti aku try sambung balik untuk sem akan datang.


okeh. 17 soalan aku tanya diri aku sendiri sempena tahun baru kahkahkah soalan tu makin lama makin mengarut pulak rasanya. lebih kepada luahan hati, (the not so tmi things/) k, enjoy hari2 yang mendatang~~~

kalau aku buat akaun ask.fm korang akan visit ke akaun aku tu?







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby