Sky light
Rabu, 28 Disember 2016 {0} | Leave a comment ?

"Aku doakan kau.."

Ayat itu menusuk ke dalam jiwa. Doa? Aku dah terlupa, bila last aku berdoa, ya?

"Terima kasih." Hanya itu jawapan yang mampu aku berikan. Untuk bertanya apa yang didoakannya, aku tak mahu tahu. Takut kecewa, takut menyesal, takut terlebih berharap. Untuk membalas dengan mengatakan aku juga mendoakannya? Aku taku janji tinggal janji, dan dosanya aku tanggung sampai mati. Jadi aku berhenti setakat memberi penghargaan.
Aku menyambung gurauanku yang terhenti tadi.

"Masakkan tu untuk aku please? Dah lama aku tak makan, teringin pulak.."

"Baliklah sini, aku masakkan untuk kau."

Amboi, terasa seperti disuruh pulang ke rumahnya pula.. seperti suami isteri..
Hati berbunga-bunga.

Ya Allah! My heart cant take this...

Tiba-tiba, hati ini tersentap sendiri. Beberapa bulan ini aku membelakangkan agama.. dan bila berhubung dengan si dia baru aku ingat pada Tuhan? Astaghfirullah, semakin parah jiwa ini.. Entah di mana kan kucari keikhlasan hidup.

"Oit, diam?"

Aku biarkan mesej itu. Gambar profilnya kutatap. Comel, begitu putih sekali anak buahnya itu.

Aku biarkan hati ini tenggelam dengan perasaan bercampur baur. Ada rindu, resah, rasa bersalah, ego, sombong, sedih, kecewa dengan diri sendiri, hidup, dan dunia...

Mengapa begitu sukar untuk aku istiqamah?

27.12.16, antara khayalan dan hakikat







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby