Sky light
hanya aku yang tahu [puisi]?
Isnin, 1 Disember 2014 {0} | Leave a comment ?

Duniaku hanya aku yang tahu.
Kucuba membuka ruang agar dapat mengikut arus waktu.
Namun tanpa alasan duniaku terus terkebelakang.
Tanpa melihat akan perubahan.
Tanpa mengenal erti kekolotan.
Dunia ini...
Hanya aku yang tahu.

Sahabat yg terhad.
Hanya sahabat yg tak berkongsi apa apa
Selain perasaan dan pengalaman lalu.
Yang mungkin sama
Yang mungkin bisa dijadikan panduan
Yang mungkin bisa dijadikan iktibar..

Sahabat yg sepertinya tak kelihatan di mata
Jauh dari lokasi
Namun terasa dekat di hati.

Sedang realitiku
Terasa sunyi.
Di dunia ini..
Yg cuba aku kongsikan
Yg cuba aku gabungkan dengan realiti

Kesunyiannya
Kedamaiannya
Kekosongannya
Keriuhannya
Hanya aku yang tahu.







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby