![]() Jumaat, 10 Januari 2014 {0} | Leave a comment ? 8 Januari. Rabu - 0904 hari ni Rabu. tapi dah start buzy dengan asrama and study. maklumlah, dah from 5.. nak SPM lagi, nak conduct asrama, conduct persatuan sume bagai. rasa macam penat. ceh, bukannya aku ada jawatan sangat pun. tapi ntah kenapa sekarang ni aku takde mood nak buat apaapa. nota chemi yang cikgu suruh buat sejak khamis lepas pun tak nak dibuat. awalawal dah suruh buat nota? bab tahun lepas.. tak habis silibus. pastu cikgu tak nak terangkan pulak tu. blur aku jadinya.. tapi sebnanye cikgu memang takkan ajar dalam kelas pon bab yang macam ni. bab apa? bab 9 : bahan kimia dalam industri. satu lagi kerja..karangan BA. huh.... lagi la bertambah-tambah blur. ustaz suruh buat tajuk "matapelajaran BA yang menyeronokkan". serius aku takde idea. dapat empat (4) ayat jer. isy3, camne nak SPM nie?? sekarang ni, cikgu takde. cikgu tak datang. aku rasa nak tido. tapi dah tido cukup dah. aku tak nak biasekan tido banyak2 dalam sehari. sebab.. ada tiga perkara yang membinasekan umat : BANYAK makanhmm, dah la. dah tak tau nak citer apa. eh? bukan ke banyak perkara yang jadi dalam seminggu ni? takpelah, bukan untuk public sharing. keh. wassalam!! 9 Januari. Khamis - 0810 oh, hari khamis! esok boleh balek. aku dah homesick dah. AA pun homesick. mars pun homesick. rase kelakar pulak sebab mase aku form 1 dulu, minggu kedua baru terasa nak balek. tapi dah form 5 ni, baru hari kedua dah rindu. masingmasing rindu rumah sebab nak jumpa somebody. aku nak jumpe ainnur, AA nak jumpe adek dia, mars pulak nak jumpe monyet belaan dia.. apsal gelak? aku tak tipu la, serius! mars rindu monyet!! hmm.. aku banyak kali dengar orang sebut 13hb. aku cam.. urgh, rindu la! 13hb yakni isnin nanti birthday mr k. paut tak aku wish macam taon lepas? rasa macam tak patut tapi.... =="
.
.
.
Korang nak tau.. aku mule rase tension walupon baru masuk sekolah. kerja sekolah menimbun tapi tak terasa nak buat. mood hilang sebab pikirkan pasal budak2 junior. Diorang tak buat masalah sangat tapi disebabakan panaurama sekolah ni and jugak organisasi pengawas yang masih belum terurus, aku jadi pening. aku dah 3x tersilap time nak solat. solat jadi tak khusyu'. TT
==
ok lah. tu je kot nak membebel hari ni. sedikit sebanyak kisah hidup seorang form 5.. wassalam! 10 Januari. Jumaat - now assalamualaikum. yang tadi tu bebelan time dalam kelas. sempat lagi kan aku menulis. ye lah, bosan. nak mengarang cerita nanti tak mampu stop pulak. terganggu pelajaran. petang tadi dekat sekolah, ada meeting BPS yang pertama. banyak muka baru bahkan dari form 5 sendiri. uniform dah ubah sket. tudung hitam. rasa macam heck, sebab tahu panas bila pakai macam tu. kenapa lah junior terlebih setuju dengan cadangan tak bernas tu?? isy3. ade form 5 tahun lepas kematian ayah. berpunca dari kegagalan buah pinggang. alhamdulillah dia dah habis jawab kertas SPM. macam mana aku tahu tentang ni? AA call mak dia, mak dia yang cerita. alfatihah buat beliau. oh ya, nak cakap pasal rutin untuk tahun ni. jadual asrama makin ketat. tapi bukan itu yang aku nak cakapkan. just nak cakap pasal diri aku.
hmm. itu je lah kot. this is a lot compared to the others right? so, see you when i get to see you. wassalam! |