Sky light
khulu
Khamis, 28 November 2013 {0} | Leave a comment ?

hye. assalamualaikum...

dua tiga hari ni aku sibuk menulis. hehe..
aku nak masukkan satu cerpen ni, aku tulis time dalam bilik periksa subjek fiqh.
hihi, siape suruh letak tajuk zawaj kat situ. memang otak aku mula lah fikir macammacam.

cerpen ni pasal khulu. tebus talak.

asal nya aku dah malas nak menaip. tapi sebab masa balek dari procast hari tu, jumpa dengan sorang akak form 5 ni, dia nak sangat baca cerita ni yang dah full siap.
aku macam.. okeylah. lagipun dia dah takde kat smik dah taon dpan kan..?

so aku tengah buat la ni..
tapi aku stuck dekat ending dier.
and for that, aku nak mintak pertolongan korang..
tolong bagi idea macam mana nak sambung. PLEASE..?
Maaf ku tak mampu

sedikit tentang khulu.
Khulu' bererti tanggal. Menurut pengertian syara' Khulu' adalah : Penceraian yang diminta oleh isteri dari suaminya dengan memberi wang atau sebagainya. Di kalangan masyarakat Melayu, Khulu' juga membawa maksud "tebus talak", perkara ini berlaku disebabkan beberapa hal yang tidak disenangi oleh isteri terhadap suaminya.
Sebahagian dari perkara-perkara yang menyebabkan Khulu' adalah:
  • Jika kedua pihak khuatir tidak dapat melaksanakan hukum Allah.
  • Jika isteri khuatir beliau tidak dapat mentaati suaminya.
  • Jika suami khuatir isteri tidak dapat melaksanakan perintah suami sehingga berlaku kekerasan terhadap isteri
Perceraian secara khulu' ini hanya boleh disabitkan di hadapan Hakim dengan syarat-syaratnya yang tertentu semasa pasangan membuat permohonan untuk berpisah.
source:Mahkamah Syariah Singapura,Jabatan Kehakiman Syariah MAS

idea nak buat cerpen ni datang lepas aku gaduh dengan sorang kawan aku ni.
dia kata kesian kat suami orang tu. dah kawien kan, terima je lah..
pastu aku pon kata, kalu dah tak boleh nak buat camne..
tapi dia macam tak leh terima..... [angkat bahu]

maybe sebab dier kesian bile ustaz cerita kan tentang hadis ni kot..
Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Ambillah kebun yang dijadikan maskahwin itu dan ceraikanlah dia. (Riwayat Al-Bukhari)

Hadith ini ditujukan oleh Rasulullah SAW terhadap Sabit bin Qais yang mana isterinya bernama Habibah bte Sahal Al-Nasari memohon cerai di samping mengembalikan semua maskahwinnya kepada Sabit bin Qais, tebusan talaq yang dilakukan oleh isteri Sabit ini adalah merupakan tebusan talaq yang pertama kali berlaku di dalam Islam.
wallahualam
#jangan lupa share idea !!

Label:








CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby