Sky light
10 steps for suicide
Khamis, 20 Disember 2012 {0} | Leave a comment ?

assalamualaikum. ini ialah post untuk orang yang rasa putus asa dengan kehidupan.
specially wrote for malays =]

  1. ucap dua kalimah syahadah. korang kan dah nak mati..
  2. ambik tuala dan masuk bilik air.
  3. seperti biasa bukak baju dan mandi. biar bersih sikit. niatkan "sahaja aku mandi wajib kerana allah taala."
  4. mandi bersih-bersih. lepas tu ambik air semayang elok-elok.
  5. sekarang, bentang sejadah dan angkat takbir dengan niat "sahaja aku solat taubat nasuha kerana allah taala"
    sujud terakhir doa supaya allah ampunkan dosa-dosa korang. takkan korang nak mati masuk neraka pulak kan?
  6. okeh, dah selesai solat? doa supaya lepas ni korang akan lebih tenang daripada biasa.
  7. bukak Quran.
    "Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)
  8. korang masih nak bunuh diri?
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” Riwayat Abu Hurairah
  9. sekarang ni, pergi cari mak ayah korang atau sesiapa yang korang rasa selama ni selalu jaga korang. pastikan korang makan. pergi mintak maaf kat diorang dan bincanglah masalah korang dengan dia elok. 
  10. ingatlah Allah sentiasa menjaga kita. doa mintak Dia tolong kita dan teruskan membaca AlQuran.AlQuran ialah panduan hidup kita. selain tu korang jangan abaikan hadith. sebab dua ilmu ni saling berkait.  kata Umar ra, kalu unta aku lari dari hambatan nescaya aku akan mencari penyelesaian di dlam AlQuran dan hadith
    AlQuran ialah panduan hidup kita. selain tu korang jangan abaikan hadith. sebab dua ilmu ni saling berkait.

so, jangan bunuh diri. sedangkan Allah menyayangi kita, kenapa kita nak lukai diri kita sendiri?? dengan mengikut cara aku ni, korang akan dapati diri korang yang inconfident tu dah mati. dan lahir la diri korang yang baru. jadi siapa kata korang perlu hilang nyawa untuk bunuh diri??
dengar lagu ni, kafir pun tak putus asa...
sesungguhnya mereka yang berputus asa dari rahmat allah,
mereka itulah orang yang rugi.







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby