Sky light
jangan benci
Jumaat, 11 Mei 2012 {0} | Leave a comment ?

rabu lepas..
ana jatuh terlanggar tembok.
kaki lebam.
gara2 lari dari berjumpa dengan seorang lelaki.
dia ni kawan adik ana.
entah kenapa, ana benci sangat dengan dia.
mungkin sebab dia memang membencikan..?

kali pertama kenal dia..
dia dan adik ana sama2 nak jumpa kakak.
kakak dia F5.
kali kedua, dia datang sendirian
duduk depan asrama cari kakak dia.
kebetulan, ana dan kawan2 ana lalu.
tiba2 ana terdengar seseorang panggil,
"A****, A****!"

ana pandang belakang, 'siapa?'
tengok2 dia yang panggil..
"what the.."

ana tak suka orang yang lebih muda dari ana
panggil takde 'kak'.
lagi2 dia tu lelaki!
takde adab ke..?

mungkin sebab tu ana benci sangat budak ni.
sampai hari ni, bila ana tengok muka dia
ana rasa nak cekik!

Tapi bahaya jugak kalau dah terlampau benci ni..
Rasullulah SAW. Berpesan;
“cintailah sesuatu itu dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci, dan bencilah sesuatu yang tidak kamu ketahui dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai (H.R. Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, dan Ibnu Majah, dari Abu Hurairah)

Tip: Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? . . . tepuk dada tanya Iman. [http://www.alhikmahsj.com/]








CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby