![]() Jumaat, 27 April 2012 {0} | Leave a comment ? Aku katakan pada diriku sendiri "Tak baik menangis depan makanan.." Seriously, aku tak nak nangis. Aku tak marahkan kau. Aku cuma sedih sebab tak dapat makan nasi lemak cik K tu. Aku kempunan... Hari ni, seharian aku tak makan nasi. Aku merajuk. Aku fikir nak makan nasi putih dekat rumah jer. Tapi kakak aku ambil lambat dan akupun dah tak rasa nak makan nasi. Walaupun aku tetap rasa kempunan. Tapi aku... merajuk lah! Mesti korang pening. Ya lah, tak tahu hujung pangkal aku dah sebutkan segala benda. Ceritanya berlaku begini.. Hari ni seperti biasa, tukang masak asrama, Cik K akan masak nasi lemak. Aku memang suka makan nasi lemak. Tapi... aku allergic cili. Dan hari ni aku *menstruasi*. Haha! Kenapa aku guna perkataan ni? Malu sangat..! Aku kena elak makan cili. Aku tak nak tempat *tu* gatal. Aku ni bukannya jenis yang boleh tahan diri dari menggaru. Talam yang 5 orang tu. Ketuanya datang lambat. And kitorang pun berbincang: M= Eh, timun tak cukup! Dia pun tambah timun. Dia duduk sebelah aku. So, timun tu tutup nasi yang aku nak makan. 'Aku nak makan nasi lah. Bukan timun!' Bukan aku tak suka timun, tapi aku dah muak dengan timun. It's okay, small matter. Aku tak ngamuk. Aku letakkan timun tu ke tengah. Then, diorang cakap lagi.. F= A nak makan ke tak? Aku= Biasanya dia memang akan makan nasi lemak. #Ketua talam kitorang tu, tak suka makan pagi. F= tinggallah untuk dia sikit. Sebelah aku kosong, aku nak bagi ruang untuk A. Dekat situ ada telur dan timun. F tolak tepi, nasi aku tertutup lagi. Aku rasa *bosan*. #Kenapa hal ni mesti berulang? M dengan tangannya yang dah pegang sambal, dia asingkan nasi untuk A. Dan nasi aku tu terkena sambal! Walaupun sungguh sedikit, tapi aku sangat sensitif hari ni. Dah la baru lepas senggugut, selesema pulak tu! Apa lagi bergema surau tu dengan suara aku menjerit, "Untunglah, M!" Gaya bahasa yang pelik, tapi itulah fenomena IKISS. Dan aku keluar dari surau tu. Sambil menangis, aku pakai kasut dan pergi kelas. Aku sangat lapar pagi tu. Air pun aku tak sempat nak minum. Air makin kurang, tambah2 lagi time nak pilihan raya ni. I HATE STUPID POLITICS & STUPID POLITICIANS!!! Mereka ni jadikan orang lain sebagai mangsa bagi mendapatkan kuasa dan duit yang hanya akan menjadi fitnah (ujian) di akhirat nanti.. kawan baik aku datang, dia tanya aku okey ke tak. dan fitrah aku, kalau aku marah aku takkan bercakap sepatah pun. masa perhimpunan aku teringat hal tadi. tiba2 hati aku menyumpah, 'kalau dia tak dapat makan cili sebulan baru dia tau!' tapi bila aku fikirkan balik, tak elok aku buat dia macam tu. so, aku bersihkan balik hati aku. sekuat-kuat manusia ialah yang dapat menahan marahnya. aku nak jadi seorang yang pemaaf. tak nak dendam2.. kelas BM pagi tu, aku tak dapat berfikir. perut aku kosong sangat. dan aku rasa tidur ialah penyelesaian bagi menahan rasa tu. dan cikgu pun attack aku.... haha! tapi itu small matter. lepas 2, PIslam. PAFA cikgu suruh semua yang tak pernah buat lagi berdiri. sungguhlah aku tak larat. tiba2 cikgu tukar plan. cikgu panggil seorang demi seorang. memang *bagos*lah plan tu. nama aku last sekali! lepas tu rehat. aku tak dapat nak beli makanan yang berat2 untuk isi perut aku. sebab semua nasi dan mee dan lain-lain tu. ada letak sambal... 2 bungkus roti gardenia, sebungkus kerepek kentang goreng, dan sebotol air mineral.selalunya aku beli air mangga, tapi aku takut sakit perut makan dengan yang acidic. cikgu masih lagi dalam kelas. ramai sangat yang belum buat PAFA. ramai orang yang makan mee sup. aku rasa sup tu sangat sedap. tapi aku tak berani makan sebab aku nampak sup dia merah. takut ada serbuk cili dalam tu. huhu. aku rasa marah dan sedih sebab tak dapat makan nasi putih. dan dalam keadaan tu, aku teringat kejadian tadi. aku nangis. aku tak nak marah!! aku nangis depan kerepek kentang tu. kawan aku tak sedar pun. #sebab aku tunduk tutup dengan tudung. dan on that time, cikgu panggil nama aku. suruh buat PAFA. mungkin sebab dia nampak aku tunduk bawah meja, so dia keluar. sorry cikgu. saya takde mood dan tak berdaya pun untuk menghafalnya. sepanjang hari aku tak nampak M. aku ingatkan dia nak mintak maaf ke apa.. tapi she's not in class. and aku baru sedar kenyataan tu lepas habis sekolah. A tanya, kau marah ke pasal pagi tadi? dan aku cakap, "of course lah aku marah!" aku ceritakan segalanya. dalam hati aku, aku tak marah M. cuma aku tak boleh diingatkan dengan kejadian tu. aku rasa sangat marah. seharian aku tak makan nasi, hanya kerana sambal. sampai sekarang pun aku belum sentuh nasi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia tu. aku sangat terasa. A kata, memang lah kau tak jumpa dia. dia senggugut teruk. tak datang sekolah pun! kau maafkan je lah dia, itulah yang terbaik di sisi Islam. hati aku kata 'padan muka dia' iman aku kata 'kau kena maafkan dia' dan aku runtuhkan ego untuk menegur dia. dia mintak maaf, katanya dia selalu nampak aku makan sambal dalam kuantiti yang sedikit. so dia rasa its okay. dia tak sangka aku akan marah sebegitu. aku tak reti merajuk. kalau aku dah bercakap tu. maksudnya aku dah boleh maafkan kau. tapi disebabkan aku sangat terasa dengan kejadian tu, #macam yang aku dah cakap tadi la.. aku tinggi suara masa aku cakap dengan dia, "kita tak nak makan sambal sebab kita uzur hari ni!" boleh je aku guna nada perlahan. tapi aku rasa sedih. and that's why i raised my voice. sorry M, aku nak kata yang aku maafkan kau. dan aku akan cuba untuk ikhlaskan hati aku untuk itu. seriously, seharian aku tak makan nasi disebabkan hal ni. |