![]() Rabu, 14 Mac 2012 {0} | Leave a comment ? ..luahan hati seorang sahabat [D].. suatu hari [Khamis] Y berpuasa.. hari tu nasi masak lambat. [ada masalah sikit] jadi orang2 yang berpuasa makan dalam talam macam biasa. selalunya, mereka makan sesama mereka sebelum solat [special sikit] lepas solat, Y berborak dulu sambil tunggu orang menghidang. tiba2 Y tersedar, "eh, tak ambil talam lagi?" Y sebagai ketua talam pun jalankan tanggungjawabnya. walhal sebenarnya, mereka dah setuju untuk agihkan tugas sepatutnya N yang ambil. S dah tolong ambilkan tiba2 S marah Y [entah la apa kena dengan dia. ':-( ] "kenapa anti tak ambil talam?! tak nak makan??!" Y ni pula jenis yang cepat terasa. Y pun merajuk, Y terus keluar dari surau. D tahu dia lapar. D dengar H cakap pagi tadi Y tak sempat sahur. D rasa sedih sangat. A= kenapa S marah Y? sepatutnya N la yang ambik.. S= silap eh? ingatkan Y.. manalah ana tahu.. A= jadi Y tu nak makan ke tak? [tak siapa tahu jawapannya] D rasa bersalah nak makan. tapi D mesti makan sebab D senang masuk angin. D tak berselera langsung.. D paksa diri makan, lepas tu D keluar cari Y. D tak cakap apa pun pada yang lain. [D tahan nangis] buka je pintu surau, D nampak Y duduk dekat atas bata depan surau ni. D= Y, makan lah. ana tau Y lapar. nasi tu tunggu Y. dia sedih cari Y takde. masuk la makan. jangan macam ni, S salah faham je tu. dia tak marah Y. Y= takpelah anti masuklah makan.. ana x lapar D= ana dah makan. Y makanlah. ana tahu Y lapar. [D dah mula nangis] [D nampak Y kesat air mata pada lengan bajunya] Y= takpela, ana x lapar.. D= rasulullah tak pernah bohong Y= tapi umat Baginda banyak berbohong.. [Y dah kalah, tapi D takde idea nak ajak Y masuk dalam]
[bila difikirkan balik sepatutnya D cakap, siapa yang berbohong bukan dari kalangan (umat) Rasulullah -Hadits-] Y= anti masuklah nanti anti sakit. D= ana takkan masuk selagi anti tak masuk. [di pasir itu, D ukirkan, -dia insan sempurna, aku hanya insan biasa-] (dia = Rasulullah SAW) [kata-kata itulah yang D terucap di bibir untuk memujuk Y. D memang tak reti pujuk orang] datang H. H= kenapa Y tak makan? Y kan puasa, dah la pagi tadi tak sahur. nanti sakit macam mana? Y= takpelah ana tak lapar. D= dia terasa dengan S, sebab tu dia x makan. H= Y, jangan la macam ni. pergila makan. Y= ana tak marah S H= Y, maafkan la S Y= ana tak marah S! D= ana tak cakap pun Y marah S. ana cuma cakap Y terasa dengan S Y= mana ada.. H= Y, kalau Y x marahkan S, Y akan pergi makan. pergi la makan. maafkan S Y= ana x makan pun bukan ada orang peduli D= kalau takde orang peduli, kenape H datang? ana yakin nanti mesti ramai lagi yang keluar pujuk anti. entah2 satu surau ni keluar pujuk anti.. [D bersyukur H datang, sekurang-kurangnya D & Y takde la senyap je] datang pula S. S= Y, ana minta maaf. ana tak sengaje... D= tengok, sorang lagi datang.. kan betul cakap ana.. S= Y... [lepas tu H ajak D masuk. H & D tinggalkan Y & S di luar.] [biarlah mereka selesaikan semuanya] D masuk dan tengok talam semua dah licin. D= sampai hati korang tak tinggal sikit pun untuk Y.. A dan N keluar juga untuk pujuk Y Z= bukan Y kata dia tak nak makan..? [memang la dia cakap macam tu, tapi dia kan memang kuat merajuk..] F= Y merajuk ke, anti..? D= haah. F= sampai macam tu sekali? dahsyat..! isy, ana tak suka la orang macam tu. dah besar pun merajuk, buruk la..! D= entah la, dah dia memang macam tu. doakan je la dia berubah. D resah tengok Y, dia cuma sempat makan 6 keping biskut lexus perisa sayur je. dari pagi sampai dah pukul 9.. larat ke Y tahan sampai pukul 11 nanti..? alhamdulillah, D ada bawak biskut. biskut lexus yang sama jugak. D biarkan Y makan lebih. D tahu Y lebih lapar darinya.. Source : Mystery Location : the musolla of my beloved Aspuri IKISS |