Sky light
nw chinese drama
Khamis, 18 Mei 2023 {0} | Leave a comment ?

 aku jumpa channel cdrama yang menarik dekat ytube. masa tu aku check ruyi royal palace. pastu terjumpa ada satu cerita ttg puteri padang rumput. tajuk dia goodbye my princess, dekat kukan drama channel.


citer dia pasal politic antara negara2 kecil sebelum wujud dinasti china. puteri tu di suruh kahwin dengan central sbb tu negara paling besar dekat kawasan dorang. tapi puteri ni nak freedom sbb dah biasa duduk bebas dekat padang rumput yang luas. takkan nak terkurung dekat bandar capital yang dikira paling modern lah masa tu. kut. 

eh tapi mula2 tu dia disuruh kahwin dengan negara jiran, tapi dia xnak sbb orang tu gasar dan lagi busuk dari dia. falsafah moralnya tak sama. puteri tu tak sedar yg ada wakil dari central yg masuk meminang dia juga, offer political marriag ejuga lah.

puteri ni nak elope dengan tok guru kungfu dia. tok guru dia muda je. mungkin mcm 10 tahun beza, like higschoolers dengan early adult punya gap. 

rupa2nya tokguru dia ni ada ulterior motive tentang family clan dia. blablabla. dan dia ada history lampau dengan putera dari central tu. 

putera tu tipu puteri ni dan sembunyikan identiti sbgi putera. dorang bercinta mmg nicelah. yg pasal elope tu, tok guru dia enggan juga sbb x bagus bagi status puteri tu. tapi sbenarnya tok guru dia sayang juga puteri ni. tapi dorang kira terima je yg dorang ni xde jodoh tok guru tu hadap je dorang ni bercinta depan mata dia. 

tapi yg aku tak faham. putera ni gila kuasa ke apa ntah. dia komplot dengan abang dia yg masa tu ketua panglima. dia nak tawan negara padang pasir, yg mana itu negara milik atuk puteri tu. puteri tu lari juga dari istana dan nak pergi mengadu dekat atuk dia. putera ni janji dgn abang dia nak serang padang pasir tu lepas dua minggu. sambil tu dia nak kahwin dan bawa lari puteri tu. 

tapi abang dia si panglima ni ambik kesempatan dan serang pada hari perkahwinan. kemudian walaupun dah kahwin, putera ni belot pada negara atuk puteri dan akhirnya bunuh atuk puteri dengan tangan putera tu sendiri. wtf moment. pastu puteri tu marah dan benci lah pada putera tu. 

pastu dorang berlari berkejaran sbb puteri tu dah tak nak tengok muka putera tu tapi putera tu nak jugak puteri tu. pastu puteri tu lari gi cari air terjun yg dikatakan boleh buat lupa memori percintaan yg perit. gitu la lebih kurang. and then diorang jatuh dalam sungai tu sama-sama dan sama-sama lupa tentang cinta diorang.


pastu bila puteri tu bangun dia akan dijodohkan dengan putera panglima tu si abang watak utama. pastu antara puteri dan putera berulang kembali dengan ending yg sama perit. memang putera tu seorang yg tak guna dan pentingkan diri. dia macam masih muda dan tak matang. sebagai budak bawak 20an kut, dia buta dengan niat dia nak memiliki puteri tu, sampaikan dia dah tak tahu tentang budi bahasa antara family besar. sebagai contoh dengan abang si puteri. 

at the end of the story, aku rasa puteri tu tak patut kembali jatuh cinta dengan putera tu. walaupun si putera panglima tu pun otak dia tak betul, tapi demi politik puteri tu patut berhenti struggle dan lebih kepada terima keadaan yg dia dah jadi isteri putera negara lain. kalau dia lebih ramah dan pandai manipulate hati putera, mungkin negara2 kecil keluarga dia boleh survive dengan lebih baik. 

membuatkan aku sedar kenapa wanita2 istana dalam cerita cina ni nampak psycho. sbb diorang tiba2 terpaksa tinggalkan dan lupakan keluarga asal diorang. menyedihkan. 



lagi satu cerita aku binge tentang Queen of Dugu. jujurnya aku tengok sbb gambar promo queen dan kng dia nampak hensem/cantik sangat. lol. dia cerita ttg negara yg 








CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby