Sky light
#random
Selasa, 31 Januari 2017 {0} | Leave a comment ?

Dah lebih 10 hari tak wasep dgn dier.
Rindu mmg rindu..
Tapi nak merasa jugak dier yg wasep kite dulu..
Dier kata nak ajak jumpe kat reunion lah apalah..
Tanya kat grup, sape free nak reunion hujung minggu ni, xde plak yg respon...

Kalaulah aku betul2 kuat.. Aku sisihkan terus xnak contact2 dah. Huhu

Hati ni berbelah bagi...

Esok aku nak follow kakak aku gi mid valley. Ade sale bata katanya.. Sape nak jumpe aku? Haha, mana tahu ade sesiapa antara korang nak jumpe dgn blogger picisan ni...

Ya Allah, jadikanlah aku seorang yg ikhlas dan istiqamah.



setia cinta ending ; at last
Rabu, 18 Januari 2017 {0} | Leave a comment ?

hyep assalamualaikum.
siapa ingat lagi cerita setia cinta? yang ada tasnim dengan hud tu..?
at last, aku dah tulis ending cerita tu. maybe orang akan marah sebab aku habiskan dengan sabil lewa. buat the truth is aku dah takde idea nak panjangkan lagi cerita tu. biarlah cerita tu macam tu je..
nasib baik aku tulis jugak ending dier. kalau aku biar tergantung takde update langsung?

http://irene24434adler.blogspot.com/2017/02/setia-cinta-23.html

orang yang follow cerita ni dari awal akan tahu yang cerita ni memang penuh kesedihan.
aku habiskan pun sebab kawan aku dah perli aku. lagipun berapa lama lagi aku nak biarkan kat dalam draft?

dier comment kat insta hahaha. dier ni memang bestfriend aku sejak form4. kitorang pun memang satu kepala, so dier macam boleh baca fikiran aku hahahahaha



excited ; i have fans?
Selasa, 17 Januari 2017 {0} | Leave a comment ?

hyep, assalamualaikum..
korang tahu enn pasal cerpen berantai aku yang paling baru tu.. Kontrak Cinta Kita.
well, tahun 2017 ni aku start blogwalking guna url blog novel. so orang pon dok visit situ terus.. lagipun aku post kat insta aku bloopers of every episode as it is published. i mean aku schedulekan citer ni biarpun actually aku dah siap tulis sampai habis. and i literally screenshot and post kat insta.

so theres this blogger, dia ushar KCK ni enn dier follow pulakkk.

erk.. pastu dier dok komen-komen enn. aku macam terharu menengoknya.. *blush-blush*
komen dier tu jadi pembakar semangat pulak untuk aku. aku pulak yang semacam tak sabar nak menunggu komen seterusnya semacam mana diorang tak sabar menungu episod seterusnya. inilah perasan seseorang yang ada fans ekk.. tak sabar nak puaskan hati fans.. huhuhu

tapi kann..

ada satu ni aku tulis (citer lain)
aku tak tahu nak buat apa dengan benda ni .. aku buat sebab nak ekspres kan kemalasan sendiri je.
pastu aku publish. saje-saje lah.. enta kenapa entah aku tak delete jer...
pastu si dier ni kata this is good in all caps pulak tu.
aku dah garu kepala. serius ke aku nak menyambung citer ni.

dah la darah dan daging tu janji nak buat dek kha's story tapi tak buat-buat..
novel hanyut, pelangi and setia cinta takyah citer lah dah berapa tahun aku tak update.. urghhhh

dilema

satu per satu lah kan.. lagipun sem depan aku akan jadi lebih sibuk daripada sem ni. so lantaklah hahahaha

kbai.



Kontrak Cinta Kita: cerpen berantai
Jumaat, 6 Januari 2017 {0} | Leave a comment ?


Assalamualaikum. Hyep, salam jumaat sahabat.

Korang masih ingat blog novel aku tak?
Saje tanya, mana tahu kot-kot ada yang lupa
sebab aku pun dah lama tak merapu pasal novel kat sini enn
So, sempena new years eve ritu aku ada tulis satu
pasal orang kahwein kontrak.
Aku rasa cerita ni sweet je. but in a slight s&m way. /gehh

and kalau aku belum bagitau korang
(aku ni selalu lupa apa yang tulis kat blog ni)
AKU AKAN PERGI UMRAH BULAN NI
sebab tu lah, aku schedule-kan segala post yang ada.
laju je aku taip cerita ni tanpa sedikitpun menghiraukan peperiksaan yang sedang berlangsung. gila betul
//alah, mengaku je lah kau excited sebab ada orang visit blog kau.. ==

so silakan enjoy cerita ni kat blog aku. two times a week, as scheduled
(tapi walaupun masa tu tulis pukul 2 yang sebenarnya dia publish lebih kurang pukul 6 waktu malaysia. Aku sendiri pun tak ingat aku set ikut time mana sampai dia jadik gitu.)

edit: 
Oh, ya! aku lupa nak warning korang. 
dalam citeni aku banyak tulis pasal makanan. 
maybe sebab stres belajar, so aku lapar.
lagipun, aku ni kalau dok rumah makan sekali sehari walaupun perut lapar minta makanan.
sebab tu lah.. sampai sanggup aku search resepi. mungkin jugak sebab tengah tulis pasal orang mengandung. so nak masukkan unsur-unsur mengidam di situ
siapa kata orang mengandung je yang mengidam? dah tu yang batu belah batu bertangkup tu mak dia mengandung eh?

aku mengidam nak makan sedap/besar ...

k, adios wassalam ~




change; i cant
Selasa, 3 Januari 2017 {0} | Leave a comment ?

Assalamualaikum,

I was thinking about the examples i have in my life, to be idolised for me to change.
As i was thinking about it, i sank into the thoughts that i can never be like them. And tersingkap juga in my thoughts, their hateful ugly flaws.
I sank into those ugly thoughts. And it went deeper and uglier, as i thought to myself i havent tried hars enough.

I tired of sinking. I want to keep afloat. I dont care to get out of the drowning water. Cause ive been feeling comfortable with the calmness of the water.
But dang, how i hate it when i start sinking.

Maybe i shouldn't go with the flow, but i should form my own current..?
And see to other, outer examples. Baby steps (bertatih)
Create my own whirlpool, my own turbulence..

Turbulence in Silence.

#sink



renown : 2017
Ahad, 1 Januari 2017 {0} | Leave a comment ?

hyep, assalamualaikum, sempena first post of 2017, aku nak buat self introduction sikit. ye lah, dah lama aku kat sini, tanpa follower *cries. //acah jer.

so untuk menyambut 2017 ni, aku nak bercerita ttg diri aku yang sekarang. tapi bapak aku kata tak elok kongsi maklumat peribadi dekat internet.. hmm *angkat bahu.

nama siapa?
1- nama pena, irene adler. korang boleh panggil aku ady.

umur berapa?
2- so tahun ni aku tinggalkan zaman belas-belas aku dan masuk ke usia 20 tahun. siapa lagi budak 97 sama dengan aku boleh komen saya ; ) especially dak2 september.

tinggal kat mana?
3- asalnya aku dari petaling jaya selangor. tapi sekarang duduk area gong badak, kuala terengganu.

sekarang belajar mana?
4- UMT, universiti malaysia terengganu. sesiapa lalu unisza gong badak ke boleh lah roger2.. hahaha

course apa ya?
5- sm sains biologi. tapi aku menyesal sikit terima course ni. sebab .. entah lah mood belajar aku dah hilang, ingatan aku pun kelaut. bio kan banyak baca, hafal, hadam... hrmm

dulu belajar mana?
6- dulu aku matrik melaka. sebelum tu sekolah menengah ibn khaldun, jalan kebun shah alam. sebelum tu lagi, sk sultan alam shah 2, petaling jaya belakang rumah aku. //sekolah kecik je, jangan silap dengan sekolah yg mahal tu pulak.

favourite pastime?
7- hmm, tidur. dengar lagu (sambil karok or menari hahaha), layan manga. tengok fon ( fb, insta, games, sampai dah tak tahu nak buat apa dengan fon)

lagu yang paling suka dengar?
8- lagu2 dari aqua timez.   pastu dari simple plan... aku jenis yg suka lagu sedih (tapi taksemuanya sedih). tak kisah lagu tu slow atau noisy, but mostly rnb kott.. // aku bukan tahu sangat genre2 ni../ yang penting aku boleh sing along. boleh jadi rock macam faizal tahir/mcr(?)/linkinpark(?)/orangerange, romance macam segala jenis ost yang ada.... yep mostly jugak adalah ost.
korang cuba dengar chiisana tenohira (aqua timez) dengan lagu michishirube (orange range). jauh beza ke tak? //erkk
and, aku tak banyak dengar lagu2 baru, so kenalkan kat aku lagu2 yang korang nak aku dengar.

suka layan novel tak?
9- suka. kalau tak mana nak datang idea menulis. sebab akak aku yang ajar aku membaca dari kecik lagi dia dah hadiahkan novel. but lately, aku tak minat membaca sangat. pastu aku berpaling ke arah english novel. sebab banyak jalan cerita yang cliche. banyak sangat cerita yang dah tak original. termasuk lah cerita2 yang aku buat jugakkkk =="
aku sarankan citer versus, mmg cerita zaman 2009 eh.. tapi bagi impak besar time aku final kat matrik dulu. and baru2 ni aku baca kau cinta akhirku, sekuel untuk pengantin ekspress karya pitteriah abdullah.. series banyak pengisian dalam ni.. //tapi itulah, dengan keadaan aku sekarang ni tak masuk ke dalam hati pulakkk =="

any secret talent?
10- entah? writing? im not so good with speaking, ...
sebab aku dah dormant selama beberapa bulan, aku lupa diri aku siapa dan tengah korek balik potensi diri aku.

apa ada dalam kepala kau?
11- serabut. bercampur baur. korang pun tahu daripada post2 sebelum ni aku terlibat dengan p*** and y***. aku rindu dengan bi'ah sekolah menengah aku dulu.. tapi nak angkat balik diri ini, xtahu kenapa payah sangat. pastu dalam kepala ni ade manga, sedikit idea novel, sedikit lirik lagu, kemalasan membukit, sedikit kedegilan dan kesombongan. ade sedikit memori tentang ayat2 quran. lagi, dalam kepala aku ada dia.

siapa si dia?
12- seseorang lelaki yg aku dah duduk dalam hati aku sejak 4tahun yang lalu. duduk subang jaya, belajar kat bangi. nak kata im all over him, taklah jugak. sebab kalau ade sesiapa yg muka agak sama dengan dia, tak lepas mata ni dari mengushar orang tu.

kata nak berubah?
13- aku .. bukan tak nak berubah. tetapi stress buat aku kembali menjadi sampah. terukkan aku ni..

azam yang kau nak capai tahun ni?
14- bukan lah azam sangat. tapi life goal yg perlu ada dekat setiap muslim. bersungguh2 jaga solat, semakin akrab dengan solat, semakin nikmat dengan solat. aku tahu itu je yang aku perlukan dalam hidup ni untuk berubah.

hmm.. bila nak kahwin?
15- weyh, kalau ikut perancangan aku tahun depan aku kawein. tapi nak buat macam mana... calon reject aku... huaaaa //hahaha

life goals?
16- life goal untuk tahun ni... nak kasi terel masak. nak berhenti tido pagi berjaga malam... nak improve !

apa lagi yang kau buat dengan hidup?
17- hari2 aku tak banyak pun. hari tu pernah yoga and buleet journaling sementara tunggu masuk u. dah hilang di bawah timbunan stress. haihhh, nanti aku try sambung balik untuk sem akan datang.


okeh. 17 soalan aku tanya diri aku sendiri sempena tahun baru kahkahkah soalan tu makin lama makin mengarut pulak rasanya. lebih kepada luahan hati, (the not so tmi things/) k, enjoy hari2 yang mendatang~~~

kalau aku buat akaun ask.fm korang akan visit ke akaun aku tu?







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby