Khamis, 8 September 2016 {0} | Leave a comment ? Teringat pula, suatu hari di zman spm dulu.. Soalan cepumas dari cikgu aku si penjebat tuah. "Apa sebabnya kamu menulis? " Terdiam aku dibuatnya. Lagi ditenung penuh fokus oleh dia dan seisi kelas. Aku yang mentah hanya menjawab tak tahu. // dan kini aku tahu, "tak tahu" itulah yang menjerat aku di takuk lama. // maaflah kerana terlalu pasif dalam berkomunikasi Dan ironi, kini, di setiap waktu aku merenung kanvasku (ceh, padahal buku conteng murahan je) Aku jadi tak mampu untuk seperti dahulu. Menggoreng cerita melamun khayal. Hanya sebaris dua.. Haihh Mungkin kerana "writers block", ketandusan idea, tak punya idea besar untuk diperbesarkan.. Hanya fikiran kecil yang menyepahkan ruang fikiran. Jadi itu yang kuluah dalam sebaris dua ayat. Ringkas. Mungkin punya maksud yg tak terluah.. Mungkin juga sekadar sampah.. Dan terkadang merepek taraf falsampah. Mungkin... Mungkin.. Eh, apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan? Oh, sekadar merindu. Merindu waktu dulu. Zaman yg kononnya gemilang. Yang entah ke mana menghilang. Mungkinkah untuk aku menggali semula. Atau mungkin bina yg baharu sahaja. Yang pasti, aku tak ingin dan tk sanggup untuk berhenti. Berhenti dari apa? Jeng jeng jeng. Creativity is awesome. //credit to dear UUA |