Sky light
kebenaran ttg clothpad / padkain.
Ahad, 24 Mei 2015 {0} | Leave a comment ?

so kali ni buat sedikit pengakuan dan amaran.
dan actually nak luahkansedikit ketidakpuasan hati dekat penjual2 pad kain malaysia.

first sekali.
aku selalu dengar orang kata pakai pad kain takkan bocor.
weh, seriously? korang fikir kain je takkan bocor?
diorang gunaPUL lah. PUL tu apa? search google sndiri.
kalau guna PUL mmg lah tak tembus, tapi kalau jenis bocor belakang, bocor ke tempat takde PUL, or jenis yg korang beli tu takde PUL.. takyah mengharap sangat lah.
aku bocor je.

second,
pakai clothpad selesa sangat sangat.
tengok orang lah. kalau kena orang mudah allergic cam aku?
bukan nak kutuk, tapi still tengok keadaan juga.
so kalau jadi kat korang. jangan putus asa kay.
jual yg korang tak suka tu kat aku. korang pi beli lain.
ushar betul2 detail pad tu!

third
pakai clothpad tak rasa basah.
hamboi. pakai panties cotton/biasa pun aku rimas.
lagi lah citer pasal minky (commonly used in malaysia)
tahulah korang jenis dok dlm ekon jerp..

forth.
ini para penjual ambil perhatian.
semua orang duk promote lebar belakang utk mereka yg selalu bocor blakang, lebar depan untuk mereka yg selalu bocor depan.
tapi diorang taktau. kalau tengah tu saiz tak betol.. mmg sah2 la akan bunching up, bulking and whatsoever dan itulah penyebab utama berlakunya kebocoran. there
setakat ni yg letak lebar tengah tu kat detail, cuma blucotton jer. yg lain sume kena pm.
kalu org taktahu menahu ttg masalah tu?
there.
so di sini aku menyeru perhatian sume peniaga clothpad.. silalah kenalpasti ukuran tersebut ya.
and banyakkan buat research supaya boleh recommend saiz yg best utk pelanggan. pelanggan puas hati pelanggan beli lagi.. ;)

aku mmg suka sangat tengok bree punye vids. aku masuk grup yg dier buat lagi. kebanyakkan kat situ mmg 25+. tapi ramai juga yg teens.
selain bree punya aku ada jugak tengok orang laiin punya vids.
so sesiapa yg berminat mmg digalakkan buat research banyak2. kay?



pad kain | first experience

hyep, assalamualaikum. aku dah try pakai

hari tu time prewash; i mean basuh dulu sebelum pakai. aku basuh guna tangan, handwash. aku guna sabun badan je. aku impressed habis bila aku datang balik lepas tinggalkan kat bilik jemur dalam empat jam dah hampir kering. serius ni. maybe jugak sebab aku letak betul-betul bawah kipas berkelajuan 5. aku excited kot nak pakai.
tapi kali kedua bila membasuh lepas pakai, agak lama juga sebenarnya dia nak kering. betulla, cepat kering ari tu sebab letak betul2 dekat kipas.
firstly aku pakai pantyliner L, aku rasa NO aku tak boleh pakai ni lagi lepas ni. tapi kali kedua pakai, takde la teruk sangat actually. still aku takkan beli lagi pantyliner L.
pantyliner M, memula aku takut nak pakai because dier terasa kecik sangat. 5cm? tapi bila dah pakai... SANGAT selesa. kadang2 dia ada juga teralih. tapi itu bergantung kepada panties yg aku pakai.

then. pakai pad. pad L ke M aku rasa dua2 sama je.

masa aku berdarah banyak. aku ada jugak pakai M je takde lah bocor sangat pon. sikitsikit je..
time aku pakai L pulak, dia tak penuh belakang pun. kiranya kalau ukur dengan M tu, banyak mana yg M tu tutup byk itu je laa
hari pertama tu, aku heavy. then aku pakai 8 jam kot, ada lah kurang lebih. dia bocor tepi. bhgian wing dier takde lapisan penyerap. so mmg tembus camtu je la.
setiap kali aku tak selesa mmg tandanya aku kena tukar. ada la 6 jam gitu je. pernah aku try tahan rasa tak selesa tu sampai 10 jam kot. time aku tak heavy la. bocor titik je. tapi ye lah, dah tak selesa tu. tukar je apa salah nya. bukan nak buang pad tu pon. (mahalkot)

conclusion yg aku dapat.
kita nak mula berubah kpd clothpad, kena banyak belajar dulu. jgn beli sekali banyak. mmg itu pon yg org2 otai (org yg dh gune/ org luar negara laa) cakap. ada banyak pilihan sebenarnya and kita tak pasti sebenarnya mana satu yg paling baik utk kita.
pad yg kita selalu beli tu, itu je kan yg kita beli. satu jenis tu je. takde byk pilihan cam clothpad punn.
(serious, tengok vids diorg rasa nak gigit je.)

so, aku nak try momiji plak lepas ni. ada ura2 nak try blucotton.
snowdrop dgn bamboolite mmg takkan beli. sbb nmpak cam sama je dgn yg hari tu punya.
hmmm. kalu sume tak best. aku ada jumpa custom made. tapi nak raya ni dia tutup tempahan dulu. TT

serius aku cakap. rasa cam pakai pad je. haha

aku cam nak try menstrual cup.
but then aku ada baca yg pakai tampon tu makruh. (cara gune sama en tampon dgn tampon tuh.)
lagipun aku tgk diorg punye komplikasi belajar tu cam dasat sgt je. so aku takot. tapi still akan pertimbangkan in the very far far away future. kah kah.

itu je kot. nak masukkan vid sebenarnya tapi rasa tak puas hati cam nak buat balik je vid tuh. kena update jugak sebelom gerak melaka sok. kat matrik tak tau lagi ada wifi ke line maxis teruk ke enn.
sokong tak kalu aku buat channel youtube?

berbelit dah aku cakap. kbye, wassalam!




persiapan ke matrik.
Isnin, 18 Mei 2015 {0} | Leave a comment ?

Aih.. sibuk betul aku dua minggu ni.

Assalamualaikum. Sukacita Dukacita kumaklum aku dah tekan terima tawaran matrik.

Kahkah.

Memula tak dapat upu, aku fikirkan nak terus direct rayu ke unisza. But then, kak sedara aku yg study sana kata dia mintak isi rayuan upu tuh. Pastu rayuan upu plak ade 2 pilihan je. Tak minat aku nak memohon nye.
Bapak aku pun suruh aku terima matrik tu sebelum start rayuan tu lagi. So then alang2 dah jejak belaar sains tu, teruskan je laa. Hari tu cam minat farmasi enn, mana tahu ada rezeki ?

So, aku pon mulalah sibuk registration. Print itulah inilah. Dahla printer takde ink. Pii beli..
Then tadi petang ambik gamba pulak. Dengan jerawatnya, pastu senyuman awkward. Haa =="
Then bukak akaun bank. Saje aku pi bukak extra akaun kat bank lain. Buleh la saving bebanyak sket. Tengok kakak abang aku.. sesak je pikir itu ini bila besar. //ceh cakap macam diri ni blom ckup besar. Nanti aku terus je bayar dari akaun yg gune utk u, ke akaun sndiri. Haha. Agak2 setahun boleh ke aku capai 1,500rm?

Actually aku start memikir ttg matrik ni sejak semalam je. Walupon tekan butang terima tu hari jumaat, aku rase takleh terima yg aku kena blah dari rumah dlm masa 10H, sedangkan rabu tu baru je happy happy, excited sambut bby baru. TT
Tapi akhirnya setelah aku buat perangai kat grup kelas aku. Aku dah boleh laa jugak start terima kenyataan dan sedar diri yg aku ni kena jugak pi belajar. Mana buleh dok umah jee! sebbaik diorg layan aku merapu ritu. Kalu tak, tak taulah..

So sekarang ni macam2 bnda aku kena buat. Planning nak beli itu ini... kene pergi sana sini utk urusan pendaftaran. And so on.

Dahla otak dok piki clothpad lagi enn. Sabo je ler.

K, aku nak borak pjg2 kang tgn aku yg lebam. Bye, wassalam !



pesbuk pesbuk #sajenakbebel
Jumaat, 15 Mei 2015 {0} | Leave a comment ?

Hye, assalamualaikum guys. Miss me?
Ceh, poyo jerh. Baru tak post entri bbrapa hari da poyo tanya ada orang rindu ke tak. Ade org bace ke?

actually, title tu sepatutnya things i dont like on facebook or something like things i dont like while scrolling my facebok wall or something. tapi rasa cam paanjang sangat title tu.. //tapi hashtag tu pon buat title tu jadi panjang en =="

So skrang ni aku tgh test clothpads aku. Period aku lambat dtg, so aku tgh mental breakdown sket..

aku selalu tgk kat fb kan, banyak isu2 dasat yg diorg viral kan. tapi kadang2 benda biase2 pun jadi isu.. pelik sungguh.
contoh isu pm pegi mlawat kwsn pedalaman or such. Pstu org plak p komen poyo la, bongkak la n such.. aku cam..... Boleh tak berkata yg baek atau diam ?! Mmg la kita ada hak utk komen pasal such thing, tapi guna lah perkataan yg elok. Ini... Mndedahkn yg actually rakyat malaysia ni buruk akhlak. Melayu ke india cina, samaje. Yg perangai lawa, mmg lawa.. yg buruk perangai... SAMA JE
citer nak lebur. Mengata org nombor satu. Cuba cermin diri dulu.. fikir scre waras n terbuka. Msti ada kburukan irg yg kita mengata tu yg sama ada kat kita enn ? Cuba cermin...

Aku menyampah gila tgk komen mncarut mngutuk segala.bagai kat wall aku. Benda utk dikongsi, disebar utk kebaikan bersama. Bukan utk sama2 kumpul dosa !

Hari Rabu hari tu akak ngah aku bersalin. dapat baby baru, aku yg excited. Bby girl belum ada nama lagi. Lek ah, nabi bagi tempoh 7hari kott.
bby masih merah lagi, tapi nampaknya aku kena tinggalkan umah.
Xdpt upu, so terpaksa la terima je matriks. Aku actually tak kesa sgt masuk mana2 pun. org xde cita2, peduli apa.. ikut jee.
sedih rasa nak kena tinggalkan umah dalam masa 10 hari. Nti rindu ainnur, iman, n bby.. huhu
ceh walhal selalunya dok umah berkurung je dlm bilik snsorg. Mana ada nak layan sangat diorg ni. Ttengah hari jee

irregular period buat aku jadi terumbang ambing. Mybe ini jugak salah satu sbb knp aku jd hilang pedoman dulu... ?
Hormon xstabil. Rasa lemah je, kat sini la syaitan dok cucuk..

Papepon. Aku rasa aku nak kluar ruma esok. Sesapa nak join aku ke bangsar ?



pad kain | unboxing FINALLY~
Selasa, 5 Mei 2015 {0} | Leave a comment ?

geh.. assalamualaikum. hyep.
actually post kat bawah ni (sebelum ni), nak letak tajuk macam kat atas ni. tapi masa tu order belum sampai lagi. so belum buat vid. lepas dah buat vid, ada macam-macam lagi nak citer so sebab tu lah aku buat satu lagi post ni.

crotch width
pantyliner L ; 8.5 cm / 3.4 inch
pantyliner M ; 5.0 cm / 2.0 inch
pad L ; 11 cm / 4.3 inch
pad M ; 10 cm / 3.9 inch
aku tunggu lima hari untuk parcel ni sampai. yelah, jumaat hari buruh, semalam pulak wesak. sabo jelaa. seb baek sampai sebelom terlambat. haha

kalau ikutkan pos yang lepas aku kata minky ni kinda hot sikit eh? tapi aku rasa dia lembut sangat. memang kalu letak dekat depan aircond pastu pakai memang.. wah..
so aku rasa panas sangat tu mengikut climate negara masing2 kot.
croth width tu terasa besar sangat, tapi.. belum cuba belum tahu so aku akan try setiap satu saiz ni soon. dalam minggu ni. insyaallah. hehe

minta maaf sangat2 sebab vid nya tak cantik. aku first time buat video ni. senget en, aku dah rotate tapi tak tengok balik, lagipun buat kat fon so, lain.
aku harap sangat dengan aku buat vid ni akan ada lagi pengguna cothpad kat luar sana yang buat vid macam ni. sebab kalu search pad kain kat utube memang macam takde, search clothpad sume luar negara punya.
luar negara punya dengan vid tempatan akan lain. atas faktor-faktor cuaca, budaya, and banyak lagi. (takleh nak fikir banyak ==")

so, insyaallah aku akan buat lagi vids cmnie. tapi aku tak buat banyak. aku harap ada orang lain yang buat macam yang bree buat ke.. somethin.. hakutataudanacakappenie =="
komen supaya aku boleh perbaik lagi kualiti vid ni. korang bagi suggestion ke..?

kbye. wassalamualaikum.

Label:




pad kain | order

Hei, assalamualaikum. Ini bukan review. Just self expressing.

Aku beli clothpad ni dari sini. Harga pun murah berbanding tempat lain. Kalau tengok tempat lain selalunya regular (size M) RM25 kot. haha. Jemput2 test sendiri.


Puan? haha

Tengok tu murah je, Siap diskaun lagi. haa jemput cuba la ye.

bettermoms ni brand malaysia atas business puan qis-sara rasanya. dia ada blog juga. tak tahu la diorang ni jahit tangan or ada buat kat kilang. no comment sebab dia takde tulis.
diorang ada juga jual cloth diapers (for baby and adult-warga emas), nursing wear, etc.

clothpad diorang ni top layer guna fabric jenis minky. masa aku tengok video bree, dia kata tak galakkan untuk hot climate. so aku macam terkilan dan teragak-agak jugak la nak beli. ada video kata its still lembut and selesa. review pengguna prettypads ni pun ramai kata macam tu. maybe hot yang dimaksudkan tu 40C above? atau sebab pengguna banyak terdiri daripada orang bekerja yang selalu duduk dalam aircond je so kalau keluar jalan tengahari baru tak selesa?
edited: diorang ada juga buat bamboo fabric. tapi.. aku tak nampak pula..?

blog/catalog fb diorang ni lacking satu benda yang aku rasa serabut sangat. lebar dekat crotch. sebab ada video kata kalau lebar dia tak sesuai clothpad akan jadi senang bocor sebab dia macam terlipat. bulky katanya. so aku memang cari sangat and harap sangat dia boleh jawab soalan aku but then.. terpaksa aku beli dan cuba sendiri. haih... manalah tahu okey je kan? insyallah.

diorang ni pun ada masalah sikit. stock macam kureng sikit. and aku hari tu tunggu hampi rsebulan juga untuk diorang adakan stock. hm? and setiap stock lain-lain design pattern. so.. sesiapa yang rasa dia tu akan jadi gila pad dan akan beli lebih dari keperluan, sila refrain.
nasihat aku; apa yang kita guna adalah harta kita dan apa yang kita tak guna adalah hak orang lain. jangan membazir..

Apa lagi nak cakap?

kalau ada rezeki aku nak buat macam review, or education video dekat youtube. tapi macam malas je nak buat akaun youtube. haaha =="
so bagitau aku dekat ruang komen kalau korang berminat, rasa video ni perlu, or nak tolong aku?

so, bye.. wassalamualaikum

Label:








CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby