Sky light
me, my health + period chat/tips for you alls.
Isnin, 6 April 2015 {0} | Leave a comment ?

STRICTLY INAPPROPRIATE FOR MALES AND X-GENDERS.
hei, hye.. assalamualaikum..

beb. hari ni hari last aku "cuti". aku x tau la kenapa, tapi aku rasa tak selesa sangat kat tempat "tu". seriously aku pelik sebab.. dah nak abes kot..!

eh, korang tengok tak abpbh hari tu?
haha, aku ushar dgn kakak aku. macam2 benda kitorang enjoy dpan tv tu.
tapi yang slack nyer. sebelom tu, time makan malam.. aku tersalah makan.
abang long aku belikan roti naan. masa aku bukak pembungkus roti naan tu. aku dah dapat rasa yg aku x sepatutnya makan benda ni. aku dapat rasa macam kulit aku mula gatal cam meremang gitu tapi dia jadi gatal. bukan sebab sejuk. tapi bukan selalu kott makan roti naan. aku tanye lah abang ipar aku tu, sebab masa tu akak aku dalam bilik air. dier kata itu maybe terkena ayam tandoori. *ayam tandoori..?* time tu aku tak dapat bayang lagi rupa ayam tandoori, aku pi bayang ayam rempah. //chiett. pastu aku pon dgn penuh wasangka + takut, aku makan gak roti sedap yg bernama naan tu. then dada aku start gatal. and so is my ankle.. aku perhati yg time alergi tangan aku dah tak gatal dah, tapi pergelangan kaki tu yang gatal.... seriously, allergy and eczema is so vengeful. dier hilang dari satu tempat dier muncul tempat laen plak.
but then aku pikir, kalu epsom spray tu buleh tolong yg kat tangan.. baek buat mandi. seluruh badan terus. mana lagi dier nak damage enn? w'ever.
aku cakap dgn kakak aku yg aku kegatalan. then akak aku try roti tu and dier kate mmg rase pedas2. katanya maybe rempah ayam tandoori tu kott. omg!!
aku cam, ok takpe lah.. sekali sekala. maybe gatal lebih sikit sebab makan banyak makan ayam dua tiga ari tu...
but then..
masa tengok abp, aku jadi saket kepala. saket kat ubun2.. aku tak tau la klu itu migraine. tapi selalunya aku kaitkan saket kepala ni dengan darah rendah (hypotension). i tried to lie down but it didnt help. saket tu maseh ade and dier bertambah seiring waktu. //ceh, ayat.. mmg rasa cam ughh..
aku suppress saket tu dengan senaman tangan. korang tau kan yg genggam-lepas genggam-lepas tu. yg tu la. aku mmg selalu buat tu utk tahan saket. its just for distraction. aku ada gak cari limau nipis. air limau suam is a good natural antihistamine.
aku stop minum gingerade. masa first day period tu aku buat and minum. tapi tiga hari berturut2 darah aku berketul2. tak tau silap kat gingerade ke silap hari sebelumnya aku buat workout. so aku try minum susu kambing yg kakak aku beli pagi tu. perh, pedih perut plak..
habes je abp aku tak tahan aku terus ambek sesudu kecik garam aku telan. pastu aku rasa saket dada. seriously macam dada tu tetibe kembang. weyh korang jangan kelaut pulak pikiran. we are talking about chest okay! rasa cam saket jantung pon ade.. tapi tak lah.
aku terus naek bilik and paksa diri aku tido.

this is story of my maybe-anaphylaxis experience. ughh. esoknya, bgn lambat. tak kusangka

so. memandangkan tadi first dah mention pasal period. so aku nak sambung citer pasal clothpad.
   first sekali aku nak cakap dgn korang, aku recommend clothpad ni bukan sebab dier terjamin dari bahan kimia ke apa. becoz limau tu sendiri kimia, air liur tu kimia, garam(NaCl) tu kimia, air(H2O) tu kimia.. so apa kau nak cakap? takmo bahan kimia lansung? jangan makan, gi mam**s. haa, kasarnya bahasa =="
aku just nak kongsi benda ni becoz ada banyak good reviews dari pengguna diorang yg dah berlambak pon sekarang. and lagipun aku ada isu sket dgn disposable pad ni...
   second, kalu korang berminat dgn clothpad ni. and nak belaja cara guna, cara jahit sendiri, cara cuci, cara jaga and all. boleh la beryoutube ke sini-->preciousstarspads dier ni baya2 aku. aku respek giler dgn dier sebab dier ada penyakit and dier still buleh buat such blog and company.... omg. but yea, dier orang UK beb. kalu tak paham pi je la tanya kat pakcik google. or layari snowdrop.com.my
   third, korang tahu tak pasal ovulation and fertile window dan kaitan dier dgn keputihan?
keputihan tu.. asalnya aku tak tahu sangat yg itu ada kaitan dgn penyakit. pengalaman aku, aku selalu ada this thick and slimy and whitish discharge hampir setiap bulan. lagi2 bulan yg aku blue habes.
hari tu masa abang ngah aku promote bioseleza dier citer la keputihan tu camne. //blush buat malu aku je dier nieh. then aku pikirkan yang aku mention kat atas tadi tu penyakit. dah rasa cam nk gi jumpa doktor. tapi dulu ade je kawan aku kata yg keputihan tu mmg sistem badan kita. then bila aku buat homework dgn pakcik google baru aku tahu.
actually itu petanda ovulation aku. ceh, patut blue je kn??
ada jugak aku baca yg irregular period is not supposely means that your not normal. haid tak sekata, apa orang panggil.. tak teratur, tak semestinya buruk utk kita. aku ade install satu period tracker app ni, dier asyik ulang je kenyataan yg badan kita ni tak semestinya ikut aturan tu. "your body is not a clock!" katanya. so macam aku ni, masa sekolah dulu kitaran haid aku cam tau? 33, 21, 44. pastu sambung balek 33, 21, 44. haa, dier awalkan pastu dier lambat balek. tapi the thing is aku dapat recognize gak la camne. so aku xlah serabut sangat kalu dier tetiba je. //dulu ade zaman malas, aku tak note down tarikh period so aku agak2 je bile kena.  tapi actually serabut je bila period terasa lambat sangat datang.. =="
so actually, period ni sebenarnya dier kait dgn seluruh hidup kita. pemakanan, kesihatan, bersenam ke tidak, keturunan.. and all.
sekarang ni dah habes sekolah, aku dapati kitaran haid aku berubah.. ntah la...
keempat, so tadi dah mention period tracker aku nak perkenalkan korang la ni.. gunalah period tracker utk tulis segala symptom pms korang. senggugut ke ape ke. and hari2 yg ade keputihan. mane tahu korang ovulate? nanti dh kwein sng nk tgk plan nk beranak. haha.
aku rekemen nie.

yg ade logo nie. name dier ladys calendar free. comel. boleh tukar sypmtom ikut keperluan kita. and yg paling aku suka, ade symptom chart. but kena login.
but unfortunately, aku gune nie.

comel gak. boleh tukar symptom tapi xde symptom chart. aku ade request function ni hari tu. baru je. and disebabkan banyak gile data aku dekat period calendar ni, so aku pon malas la nak bertukar.. gahahaha. lagipon xperlu login. yg ni ade bhasa melayu punye function. lain2 period tracker pun ade gak kott pilihan bahasa nie..
korang boleh la try lain2 punye period tracker. berjuta2 lemon lambakan app ni kat appstore. cuma nk try kene install la, tgk gamba je xbest..
fifth, aku nak perkenalkan satu kaedah. freebleeding namanya. kaedah ni membuatkan kita tak perlukan pad lansun. tapi susah sket la nak kuasai. caranya ialah blaja kawal vaginal muscle supaya boleh kawal bukaan dan aliran darah. omg cambest kan. tapi kalu orang yg slalu cramp xyah berangan la. senang sangat nak kawal muscle tu eh?
tapi di sini ade khilaf. //ceh, ayat. org slalu salah faham freebleed ni sbgi just bleed dekat baju tanpa pakai pad. preciousstarspads terangkan kat aku sepertimana yg aku sebutkan tadi. tapi. period kali ni dah dua kali aku tak pakai pad tau. sebab weyh. first aku buat becoz pad dah penuh, cadang nak mandi tapi melekat jap kat fon. so aku biar je dgn panties tapi aku lapik kain batik la. rasa sedap je.. dalam 15min gak la aku dok camtu. xbocor pun. aku ni bukanlah deras sangat darahnya. so kotorkan je panties tu jap, time mandi kita mandikan dier sekali. simple.
kali kedua aku buat, sekarang nilah. sebab tak selesa dgn padnya. ntahla.. padnya cam berlengas. tp period dh nk abes sbb tu aku brani buat.
the thing is aku mmg bukan jenis berdarah banyak. korang yg jenis darah sebaldi tu, silalah berangan je ye.. korang sape mampu try, try la. syokkk. hahahaha

so, tu je kott aku nak membebel pepagi buta nih. wassalam.
PS ; nampak tak yg aku ni sebnanye tgh semangat gila dgn clothpad..?

Label: , , ,








CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby