Sky light
potong sayur \ jin cinta
Selasa, 26 Mac 2013 {2} | Leave a comment ?

hai.
tadi abah mintak aku potongkan sayur.
hampir sumenya aku tanya kat mak aku.
walhal aku tahu jer camne nak potong.
meaning, aku dah boleh la nak potong2 sayur ni. cume belum kompiden. hehe
#masuk bakul kena tendang.

tadi aku baru belajar nak potong daun sup n daun bawang. macam tak menjadi jerp sebenarnya. haha
acano ler nak jadi bini orang kan..?

stop! sebelum korang kutuk aku yang asyik fikir pasal kahwin ni, aku nak sambung kuliah UUA yang aku citer hari tuh. #eh aku citer kat blog lain eh? lantok ler

so, perempuan tempat dier kat umah. kalau keluar pun mesti atas sebab syar'ie. pergi menuntut ilmu or berziarah. bukan saje2 nak siram pokok or buang sampah lama2...
betul. kata ustaz, orang yang paling bagus dalam menjaga anak P nya ialah orang yang jiran sebelah rumah pun tak tahu yang dier ada anak P.. hehe. macam isteri ustaz..

ustaz kata perempuan sepatutnya camni.
jaga diri elok2 --> kahwin dengan org baik2 --> lahirkan anak2 soleh-solehah / mujahid / khalifah --> mati.
itu kata ustaz. ustaz suruh kitorang, sesiapa yang bercita2 nak jadi pilot la, doktor and so on. ustaz suruh kitorang simpan cita2 tu utk akhirat esok. kat syurga nti jadilah apa nak jadi. becoz cerita ustaz, universiti dulu mana ada org perempuan sampailah barat buat universiti. universiti pertama di dunia ialah univeristi al-azhar tau. milik muslim!! org perempuan nak belajar belajar dgn suami/keluarga/ kuliah khas untuk org perempuan dari org perempuan. mmg xde tempat utk org P berpeleseran.
islam tak kata yang perempuan takleh kluar rumah. cuma org perempuan adalah untuk disimpan, bukan ditunjuk2.

dan berbekalkan kuliah ustaz ni lah yang menjadikan hari2 fikir pasal kahwin. walupon...

and.. aku nak sambung pasal bahana bergambar tuh.

hati2 time nak try baju kat fitting room. ustaz kata pernah terbongkar bahawa lubang skru kat dalam fitting room tu tempat kamera mini. ooh, seram aku.
kata ustaz jangan bertelanjang wlupon masa mandi sorang2. at least pakai tudung SAHAJA pun takpe. becoz ada satu jin yang digelar jin cinta, suka dengan orang yang suka bertelanjang. dia akan buat org tu jadi gila nak bertelanjang dpan orfang lain. ish, geli aku.
kata ustaz kalu nak elakkan sume ni, amalkan ayat ni setiap kali nak bukak baju. insyaAllah akan dilindungi daripada setiap mata yang melihat.
bismillahi la ilaha illa hua.
dengan nama allah, tiada tuhan selain dia.
 so, itu jer kot... hehe wassalam.



gubahan
Ahad, 24 Mac 2013 {0} | Leave a comment ?

hello..
aku teringat satu perkara.
sejak dari sekolah rendah, aku dengan akak aku selalu tukar lagu orang.
and tahun ni aku dah dua kali gubah lagu.
lagu tu lagu cinta and aku tukar dengan lagu cinta allah\rasul.
dah ada dua. aku tak tahu nak letakkan list kat novellistisnotmyambition.blogspot.com ke tak..

cinta sempurna by yuna
sempurna by andra and the blackbone

#serius rasa macam nak ubah balik template untuk blog tuh. boleh bagi idea??





hey, aku baru dapat comp ni hari ni. terlupa pulak nak citer yang aku pergi wayang dengan angah semalam. tengok citer zombie hidup kembali.


citer nie sumpah lawak!!
but then aku terfikir.. sebenarnya dunia kita lebih kurang macam nie la..
zombie tu sama macam kita yang makin jauh dengan allah ni.
dan bapak perempuan tu sama macam muslim yang prejudis. yang sedikit hampa dengan rahmat allah.
dan memang wujud mereka yang seperti boneys. dari dulu sampai sekarang, mereka tak pernah pupus.

ya, memang masa aku masuk wayang tuh. aku pikir nak seronok. walupon aku masuk dengan jubah. tapi aku bersyukur sebab akak aku ajak tengok citer alah ni.
cause, it makes me think... seriously.

harap korang sume pon boleh jadi camni. kaitkan hedonisme yang dibawa yahudi dengan akhirat.
jadilah seperti mereka yang melihat dengan kaca mata akhirat. insyaAllah hidupmu sentiasa berkat.



tinggalkan perkara yang tidak penting.
Sabtu, 23 Mac 2013 {0} | Leave a comment ?

INI POST BALAS KEPADA SESEORANG.

salam. anti tanya ana macam mana nak berhenti menulis fanfic?
kenapa tanya ana yang belum sempat habis sekolah lagi nie...? //uh, beban budak setahun jagung.

okeyh. berbalik pada soalan.
sebenarnya bukan senang nak berhenti daripada melakukan sesuatu yang kita suka.
mesti ada nekad yang tinggi and sokongan kuat orang lain.
macam ana.. ana duduk asrama, tapi still bila ada masa ana akan ambil kertas dan lakarkan idea. itu satu perkara yang ana tak boleh tinggal terutama time tension nak jawab exam.... haha. biarpun kawan-kawan dok tegur perangai nie, tapi dah tak boleh ubah.. //angkat bahu.

ana sekarang ni tengah mujahadah pasal satu benda. sesuatu yang ana serious nak tinggalkan. tapi susah. sebab benda tu dah sebati lebih lima tahun. ana sedar itu dilarang allah, maka sebab tu lah ana terus mencuba. dan hasilnya, ana boleh berbangga jugak la dengan diri sendiri sebab dapat kurangkan benda tak berfaedah tu.

pokok pangkalnya, kalau kita nak berubah :
1. kena ada pergantungan kuat dengan allah. selalu lah qiyamullail
2. yakin diri. you can do it, be positive!!
3. utamakan yang utama.
4. sedar buruk baik perkara yang kita nak tinggalkan tu.

so, selamat mencuba. and satu lagi tips; pastikan air pertama yang anda minum setiap pagi dijampi sekurang2nya dengan alfatihah dan selawat syifa. boleh juga tambahkan 3 qul @ 4 qul, dan surah2 lain..
oV



bahana bergambar
Jumaat, 1 Mac 2013 {0} | Leave a comment ?

ehem.. kat sini bukan nak kata kita tak boleh bergambar.
tapi jangan share gambar publicly tanpa berfikir. DANGEROUS

smik, 27 feb - dilaporkan oleh ustaz pada kuliahnya bahawa seorang putra telah meng-upload segala gambar putri -baik dari form 1 sehingga form 5- ke dalam henfon yang dimiliki. rahsia beliau telah terbongkar apabila para ustaz menjalankan spotcheck pada hari sebelumnya.
ustaz telah mengingatkan kepada semua putri yang hadir pada kuliah tersebut (para penghuni aspuri) untuk men-delete segala gambar mereka di fb.
"antunna nak ke lelaki buat benda tak baik sambil tengok gamba antunna?"

MAS, hari ini - lebih 90% dalam kalangan rakyat MAS baik lelaki mahupun perempuan didapati mengamalkan onani dan lebih teruk lagi kebanyakan mereka juga sudah tidak lagi mempunyai dara/teruna.

okeyh. aku sebenarnya malas nak cakap panjang2.
kalu tak nak jadi mangsa. sila delete gamba korang dekat fb/twitter/blog/dll.
jangan izinkan orang lain baik family/kawan baik untuk upload gamba korang ke internet.
jangan upload gamba orang lain masuk internet, semacam mana yang korang tak nak gamba korang ada kat internet.
kalu terpaksa, contoh untuk tujuan rasmi kerajaan bod maka bergambarlah dengan sopan.

sekian. harap takde yang terasa and puhlis sebarkan info ini buat mereka yang anda sayangi.
lelaki pon sama jerp. pompuan zaman sekarang pun ada yang gila......

aku bermohon kepada allah supaya diangkat fitnah ini dan diperbaiki akhlak umat. amin..




sekarang ni baru lepas azan maghrib so aku tak nak lama2.. btw, aku baru balek dari asrama.

assalamualaikum.
aku.. korang tahu siapa. aku paksa diri aku untuk buat blog baru ni untuk meninggalkan zina hati yang telah terlakar di blog yang dulu. dan aku bakal mendelete fb aku. haha.
aku terasa nak pindah dari smik. aku tak tahu kenapa. terasa macam cara tu je yang boleh tolong aku untuk elakkan segala maksiat yang pernah aku buat. dan ada satu ayat alquran yang buat aku berfikiran begini.
dan mereka yang beriman dan berjihad dan berhijrah...
iman aku belum sempurna. aku sudahpun berjihad seluruh upaya aku. namun.. dosa tetap menjadi makanan hati biarpun aku disajikan dengan pelbagai juadah tarbiah di smik tersayang. #hehe, sayang? kini aku terasa rimas dan bosan dan penat dengan suasana padat smik tu. dan membuatkan aku terasa nak pindah. ditambah dengan ketidak-fokus-an aku dalam kelas, dan serabutnya hati aku dengan zina.. aku seriously nak pindah.

haha. tutup topik tuh.

tadi sebelum balik aku sempat baca satu tazkirah dalam buku solusi #kot and benda tu buat aku rasa serously aku kena delete fb aku. dan aku kena berubah dengan leih drastik. walupon aku tak ingat apa yang aku baca dah. aku tak sempat nak salin... hihihihihii.

okeh la. tadi kan dah kata nak duduk sekejap jerp. time for allah!!
sat lagi aku datang balik. hehe







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby