Sky light
got stumbleupon
Sabtu, 28 Julai 2012 {0} | Leave a comment ?

33 WAYS TO STAY CREATIVE


www.theworldsbestever.com/2011/06/06/33-ways-to-stay-creative/




bangkitlah ummah..

# ade tajuk lebey baek tak?
ini lagu penuh sejarah. hayatilah...


music underground.
abang aku yang tunjuk..
lagu ni dah lama giler..
cari lah lagi kalu korang nak.




semoga hidup akan jadi lebey bermakna.
Ahad, 22 Julai 2012 {0} | Leave a comment ?

sebnanyer, aku dah nak balek asrama.
munkin minggu depan aku tak balek..
aku malas nak balek.

tadi aku ada baca satu post nierh.
aku rasa that sister is going through something like i've gone through
tapi munkin lebey teruk lagi.
pity her.

sume nierh bermula daripada salah sangka.
manusia sering buat persepsi sendiri.
walaupun persepsi dier tu salah
tapi dier akan tetap berpegang engan apa yang dier fikir.
aku pernah dibenci tanpa mengetahui sebab orang tu benci aku.

manusia.. tajuk post tuh.
persepsi.. adalah perkataan yang melekat kat bibir aku sejak kejadian tuh.

haih..
kalau semua orang boleh ikot Islam dengan sempurna
mesti masalah ni takkan wujud.
tapi, aku sendiri pon bukannyer betol sangat..
k, lah. aku nak merepek jer kejap.
aku nak balek dah ni..
assalam.



bab tiga belas
Jumaat, 20 Julai 2012 {0} | Leave a comment ?




Juu
San (13)





Izzudin
menutup suis lampu bilik. Dia berbaring di sebelah Dyan setelah
selesai mengerjakan solat sunat witir.


“Din,
aku tak dapat tidurlah..”


“Lah..
Aku fikirkan kau dah tidur. Terkejut aku..!” Izzudin mengurut-urut
dada. Terkejut sungguh dia mendengar suara Dyan secara tiba-tiba.
“Baguslah kau belum tidur. Aku ada something nak cakap
dengan kau.”


“Sebelum
tu , kau jawab dulu soalan aku.” Ujar Dyan. “Tadi kau bincang apa
sebenarnya dengan Aishah. Lama betul..” Dyan tersenyum nakal. Dia
sengaja mengusik Izzudin.


“Salah
ke..? Kau ni, banyak tanya betul!” Rungut Izzudin menyembunyikan
rasa malu. “Nanti kau tahulah..”


“Okey,
aku tunggu karya kau tu!” Dyan tahu Izzudin akan menceritakannya di
dalam komik ‘Kehidupan Kami’.






“Sekarang,
aku nak kau jujur dengan aku.” Izzudin mengubah posisi daripada
menelentang kepada mengiring menghadap Dyan. “Kau suka dekat
Zahra', eh?”





Dyan
terkedu. Tanpa disangkanya, Izzudin dapat mengetahui perasaannya
terhadap muallaf dari Jepun itu. “Nampaknya, kau pun ada
keistimewaan macam akulah..” Dyan bergurau.


“Macam
mana kau tahu?”


“Mana
taknya..” Izzudin tersengih. “Dah, kau sampai curi dengar
perbualan dia dengan Aishah. Takkan lah kau nak ‘ushar’ bini aku
pulak. Aku tahu kau ‘ushar’ Zahra'.”





Dyan
tersengih. “Mula-mula tu aku terdengar suara orang menangis. Jadi
aku intai ke luar bilik nak tengok betapa romantiknya kawan aku ni
dengan isteri dia. Tapi, aku tak nampak kau pun. Yang aku nampak,
Aishah masuk bilik sebelah ni. Tu pasal lah aku mengintai dekat situ.
Aku tak sangka Zahra' yang menangis.” Dyan cuba membela dirinya.
“Kau pun mengintai jugak, kan?”





“Biarlah..
Tu bini aku!”





Dyan
tersengih lagi. Dia berjaya mengenakan rakannya itu.


“Jadi,
betullah kau sukakan dia?” Izzudin kembali serius.


Dyan
melepaskan keluhan kecil. “Aku pun tak tahulah, Din. Dia tak sama
dengan perempuan lain. Dia buat aku terpesona, aku tak dapat ‘baca’
dia.”


“Sebenarnya,
pada aku korang berdua sepadan. Cuma kau kena tinggalkan semua
girlfriend kau. Diorang bertiga tu, semuanya solehah. Kalau
kau tak usaha untuk me‘layak’kan diri kau.. aku takut kau melepas
nanti.” Nasihat Izzudin. “Aku pun, kalau bukan kerana mak bapak
aku.. aku tak dapat kahwin dengan orang yang solehah macam tu.”





Mereka
terdiam seketika.





“Nanti
kita qiyamullail. Malulah kalau Zahra' tahu yang kau jarang qiyam.
Buat solat istikharah sekali. Mungkin dia bukan jodoh kau, so
kita kena serahkan pada Allah.” Usul Izzudin.


“Pandai
kau sekarang. Baguslah, mak bapak kau pilih Aishah jadi isteri kau.
Dosa aku pun dah menimbun ni. Nanti aku nak buat banyak-banyak solat
sunat.” Ujar Dyan.


“Tak
kisahlah macam mana pun.. Yang pentingnya, kau kena jadikan cinta
yang fitrah ni sebagai motivasi untuk tingkatkan ibadah. Tapi, jangan
pulak kalau kau dah berjaya capai cinta kau ni, or kalau kau
frust.. Na'uzubillahi min zalik, kau jangan tinggalkan Allah.
Teruskan istiqamah..” Sambung Izzudin lagi.


“Insya-Allah..”





AISHAH
MENAIKI TANGGA ke loteng itu dengan hati yang berbunga-bunga. Kini,
dia tahu suaminya bukan sengaja mahu mengelak darinya. Bahkan,
Izzudin sentiasa mencuba untuk bersama dengannya. Aishah terus duduk
belunjur di sisi Zahra'. Dia teringat bahawa Zahra' belum habis
bercerita mengenai jejaka yang telah menawan hatinya. Dengan penuh
rasa ingin tahu, Aishah menyingkap selimut yang menutupi wajah
Zahra'.


‘Kenapa
Zahra' tutup muka? Kan tak elok untuk kesihatan..’ Fikir Aishah.
Dia menyela rambut yang melindungi wajah Zahra'.





“Zahra',
janganlah menangis!” Tegah Aishah. Dia sudah mengagak bahawa Zahra'
menangis lagi. “Kenapa anti menangis?”


Zahra'
mengalah. Aishah sudah melihat tangisannya. Tiada lagi yang boleh
disembunyikan. “Ana tak dapat lupakan dia. Ana takut Allah tak
redha akan diri ana.” Zahra' menzahirkan kegusaran hatinya. Dia
bangkit belunjur.





“Siapa
dia, tu? Cuba anti beritahu ana..” Aishah meminta penjelasan
lanjut.


“Dyan.”





“NE?
Hontou ka?” Aishah terkejut. “Tapi memang ini baru kali pertama
kita berjumpa dia, kan?” Zahra' mengangguk. Aishah benar-benar
tidak percaya. Mungkin inilah yang dikatakan orang, cinta pandang
pertama.





“Oi,
tidurlah..! Jangan bising-bising..” Marah Saadah. Tidurnya
terganggu dek jeritan Aishah yang nyaring. “Kenapa dengan antum
ni?”


“Saadah,
bangun!” Aishah menepuk bahu Saadah untuk memastikan sahabatnya
benar-benar sedar dan bukannya dalam keadaan mamai. “Ana dah
bangunlah ni..! Apa masalahnya?” Omel Saadah.


“Saadah,
Zahra' jatuh cinta dengan Dyan!!!”





“Nani
ga? Zahra' balik pada Renji..?!” Saadah masih sedikit mamai. Dia
tidak mendengar dengan jelas.


“Yokaranu!
(Salah!) Zahra’ jatuh cinta! Dengan Dyan!!!” Aishah menegaskan.


“Dyan?”
Saadah berkerut cuba mengingati si empunya nama. “Ahmad Danial
sahabat Izzudin tu?” Melihat anggukan Aishah, Saadah berpaling ke
arah Zahra'. Ditenungnya wajah Zahra' dengan penuh rasa tidak
percaya. “Itu tangisan bahagia atau derita?” Tanya Saadah dengan
nada selamba walaupun dia punya maksud yang mendalam mengajukan
soalan itu.





Zahra'
tersentak. Itu adalah soalan yang sama diajukan Saadah semasa dia
mengambil keputusan untuk meninggalkan Renji.


“Kalau
anti senang dengan keputusan ni, Yukiko.. Ana tanya anti, kenapa? Dan
kalau anti sedih, kenapa pula? Kalau anti dapat jawab soalan ni
dengan baik, anti pasti akan rasa tenang dan anti akan nampak jalan
yang terbaik untuk anti.” 


Label:








CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby