Sky light
Bercinta itu Haram tanpa Ijab&Kabul
Jumaat, 27 April 2012 {0} | Leave a comment ?

-Berapa Kali Nak Cakap, Couple Itu Haram.Tak Caya Sudah-

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk
Ada pula yang kata saya kuat emo
Sikit-sikit nak marah
Padahal sebenarnya saya nak tegur 
mereka buat bising masa belajar

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah
asalkan ada yang terhibur

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta ,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk memujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terfikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awak bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ada yang siap buat maksiat lagi..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awak pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tazkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya teragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata..mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat 

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada orang lain masa tu. Brother tu jawab..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tinggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..memang tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ada gak yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yang terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, 

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan, 
kekecewaan, 
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. 

#Copied from Facebook


قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ 
Orang-orang Arab berkata: " Kami telah beriman". 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: 
` kami telah Islam '. 


aku rasa akulah yang disebutkan dalam ayat [t,t]




Angkara nasi lemak



Aku katakan pada diriku sendiri
"Tak baik menangis depan makanan.."

Seriously, aku tak nak nangis. 
Aku tak marahkan kau.
Aku cuma sedih sebab tak dapat makan nasi lemak cik K tu.
Aku kempunan...

Hari ni, seharian aku tak makan nasi.
Aku merajuk.
Aku fikir nak makan nasi putih dekat rumah jer.
Tapi kakak aku ambil lambat dan akupun dah tak rasa nak makan nasi.
Walaupun aku tetap rasa kempunan.
Tapi aku... merajuk lah!

Mesti korang pening.
Ya lah, tak tahu hujung pangkal aku dah sebutkan segala benda.
Ceritanya berlaku begini..

Hari ni seperti biasa, tukang masak asrama, Cik K akan masak nasi lemak.
Aku memang suka makan nasi lemak.
Tapi... aku allergic cili.
Dan hari ni aku *menstruasi*.
Haha! Kenapa aku guna perkataan ni? Malu sangat..!

Aku kena elak makan cili.
Aku tak nak tempat *tu* gatal.
Aku ni bukannya jenis yang boleh tahan diri dari menggaru.

Talam yang 5 orang tu. Ketuanya datang lambat.
And kitorang pun berbincang:
M= Eh, timun tak cukup!
Dia pun tambah timun. Dia duduk sebelah aku. So, timun tu
tutup nasi yang aku nak makan.
'Aku nak makan nasi lah. Bukan timun!'
Bukan aku tak suka timun, tapi aku dah muak dengan timun.
It's okay, small matter. Aku tak ngamuk. Aku letakkan timun tu ke tengah.
Then, diorang cakap lagi..
F= A nak makan ke tak?
Aku= Biasanya dia memang akan makan nasi lemak.
#Ketua talam kitorang tu, tak suka makan pagi.
F= tinggallah untuk dia sikit.
Sebelah aku kosong, aku nak bagi ruang untuk A. Dekat situ ada
telur dan timun.
F tolak tepi, nasi aku tertutup lagi. Aku rasa *bosan*.
#Kenapa hal ni mesti berulang?
M dengan tangannya yang dah pegang sambal, dia asingkan nasi untuk A.
Dan nasi aku tu terkena sambal!

Walaupun sungguh sedikit, tapi aku sangat sensitif hari ni.
Dah la baru lepas senggugut, selesema pulak tu!
Apa lagi bergema surau tu dengan suara aku menjerit,
"Untunglah, M!"
Gaya bahasa yang pelik, tapi itulah fenomena IKISS.

Dan aku keluar dari surau tu.
Sambil menangis, aku pakai kasut dan pergi kelas.
Aku sangat lapar pagi tu.
Air pun aku tak sempat nak minum.
Air makin kurang, tambah2 lagi time nak pilihan raya ni.
I HATE STUPID POLITICS & STUPID POLITICIANS!!!
Mereka ni jadikan orang lain sebagai mangsa bagi mendapatkan kuasa dan duit yang hanya akan menjadi fitnah (ujian) di akhirat nanti..

kawan baik aku datang, dia tanya aku okey ke tak.
dan fitrah aku, kalau aku marah aku takkan bercakap sepatah pun.

masa perhimpunan aku teringat hal tadi.
tiba2 hati aku menyumpah, 'kalau dia tak dapat makan cili sebulan baru dia tau!'
tapi bila aku fikirkan balik, tak elok aku buat dia macam tu.
so, aku bersihkan balik hati aku.
sekuat-kuat manusia ialah yang dapat menahan marahnya.
aku nak jadi seorang yang pemaaf. tak nak dendam2..

kelas BM pagi tu, aku tak dapat berfikir.
perut aku kosong sangat.
dan aku rasa tidur ialah penyelesaian bagi menahan rasa tu.
dan cikgu pun attack aku....
haha! tapi itu small matter.
lepas 2, PIslam. PAFA cikgu suruh semua yang tak pernah buat lagi berdiri.
sungguhlah aku tak larat.
tiba2 cikgu tukar plan. cikgu panggil seorang demi seorang.
memang *bagos*lah plan tu. nama aku last sekali!

lepas tu rehat. aku tak dapat nak beli makanan yang berat2 untuk isi perut aku.
sebab semua nasi dan mee dan lain-lain tu. ada letak sambal...
2 bungkus roti gardenia, sebungkus kerepek kentang goreng,
dan sebotol air mineral.selalunya aku beli air mangga,
tapi aku takut sakit perut makan dengan yang acidic.
cikgu masih lagi dalam kelas. ramai sangat yang belum buat PAFA.
ramai orang yang makan mee sup. aku rasa sup tu sangat sedap. tapi aku tak berani makan sebab aku nampak sup dia merah. takut ada serbuk cili dalam tu. huhu.
aku rasa marah dan sedih sebab tak dapat makan nasi putih.

dan dalam keadaan tu, aku teringat kejadian tadi.
aku nangis. aku tak nak marah!!
aku nangis depan kerepek kentang tu. kawan aku tak sedar pun.
#sebab aku tunduk tutup dengan tudung.
dan on that time, cikgu panggil nama aku. suruh buat PAFA.
mungkin sebab dia nampak aku tunduk bawah meja, so dia keluar.
sorry cikgu. saya takde mood dan tak berdaya pun untuk menghafalnya.

sepanjang hari aku tak nampak M.
aku ingatkan dia nak mintak maaf ke apa..
tapi she's not in class.
and aku baru sedar kenyataan tu lepas habis sekolah.

A tanya, kau marah ke pasal pagi tadi?
dan aku cakap, "of course lah aku marah!"
aku ceritakan segalanya.

dalam hati aku, aku tak marah M.
cuma aku tak boleh diingatkan dengan kejadian tu. aku rasa sangat marah.
seharian aku tak makan nasi, hanya kerana sambal.
sampai sekarang pun aku belum sentuh nasi yang menjadi 
makanan ruji rakyat Malaysia tu.
aku sangat terasa.

A kata, memang lah kau tak jumpa dia.
dia senggugut teruk. tak datang sekolah pun!
kau maafkan je lah dia, itulah yang terbaik di sisi Islam.

hati aku kata 'padan muka dia'
iman aku kata 'kau kena maafkan dia'
dan aku runtuhkan ego untuk menegur dia.
dia mintak maaf, katanya dia selalu nampak aku makan sambal
dalam kuantiti yang sedikit.
so dia rasa its okay. dia tak sangka aku akan marah sebegitu.
aku tak reti merajuk. kalau aku dah bercakap tu. maksudnya
aku dah boleh maafkan kau.
tapi disebabkan aku sangat terasa dengan kejadian tu,
#macam yang aku dah cakap tadi la..
aku tinggi suara masa aku cakap dengan dia,
"kita tak nak makan sambal sebab kita uzur hari ni!"
boleh je aku guna nada perlahan. tapi aku rasa sedih.
and that's why i raised my voice.
sorry M, aku nak kata yang aku maafkan kau.
dan aku akan cuba untuk ikhlaskan hati aku untuk itu.

seriously, seharian aku tak makan nasi disebabkan hal ni.



mencintai tak bermaksud memiliki
Sabtu, 14 April 2012 {0} | Leave a comment ?

reaaaallly love~!
Ana nak buat pengakuan. sebagai seorang insan biasa, ana juga ingin mencintai dan dicintai. Tapi, ana sedar bercinta tu satu perkara yang special yang mana ana nak simpan untuk dia lepas kahwin nanti. Selalu kita lihat, remaja sekarang selalu menyerahkan harga diri demi membuktikan cinta. Kata mereka, "kalau kau tak buktikan, macam mana waktu kahwin nanti..?"

Sebenarnya, lebih baik bersabar dan ambil 'benda' tu daripada si dara selepas kahwin. Sebab bila kita terikat akan sesuatu perhubungan, kita akan jaga hubungan tu sebaiknya. Seriously, Rasulullah tak meminta 'benda' tu untuk dirinya. Sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Renungkan, Saidatina Fatimah ra dan Saidina Ali ra pada malam pertama mereka, Fatimah ra berkata:
"Abang tahu, ana ada seorang yang ana suka dia sangat baik. [...ETC...]"
"Mesti orang tu lebih baik dari abang.. Kenapa tak kahwin dengan dia?" Ali ra yang tidak pernah mencintai orang lain selain Fatimah ra naik cemburu.
"Sebab.. dia ialah abang..!"

Cuba bayangkan berapa lama sebenarnya diorang berdua simpan perasaan..
Ali ra adik saudara Nabi SAW.
Fatimah ra anak terakhir Nabi SAW.

Lagipun korang tak rasa rugi ke kalau korang dah bagi semua tu,
tapi in the end korang tak kahwin pun?



jatuh cinta? seriously..?
Jumaat, 6 April 2012 {0} | Leave a comment ?

orang sekarang selalu kompius.
cinta/sayang/suka/minat/dll

pernah tak korang terfikir.

  • serius ke aku suka dia?
  • salah ke betul apa yang aku buat ni?
  • apakah dia orang yang sesuai?
  • allah suka ke aku buat macam ni?

korang mesti kompius biler ana sebut, "buat" .
"Buat apa?"
betul tak itu yang bermain dalam fikiran korang..?

islam tak pernah halang untuk kita mencintai sesiapa @ apa-apa pun
tapi haram bercinta dengan orang yang bukan mahram
dan bercinta boleh jadi halal dengan perkahwinan. =)

korang dah jatuh cinta..? korang ada 2 pilihan :-
 1. lupakan dia.
bukan senang nak lupakan orang yang dah lama menjajah hati kita..
so nak kongsi beberapa cara yang diajarkan oleh Islam..

  1. TAHAJJUD. doa pada Allah setiap kali lepas tahajjud. doa kita nak lupakan dia. bacakan juga alfatihah & alikhlas,alfalaq,alnas. [3 qul] (ana buat bende ni.. haha! tapi terbukti kita akan dapat lupakan org tu. tapi kena istiqamah, kalau tak nanti dia akan datang menjenguk fikiran kita semula.)
  2. banyakkan TILAWAH AL-QURAN. ayat2 quran, kalau tak menenangkan kita maka perlukan tadabbur, hayati ayat tu dari segi makna dan tafsiran.. insyaallah hati akan terkesan.


2. ajak dia masuk meminang..
daripada korang terus-terusan buat perkara haram, baik korang gantikan perkara tu dengan yang halal.

kalau korang masih lagi ada masalah dengan cinta.. korang rujuk alQuran. semua perkara Allah dah ajarkan. kalau tak faham, maka bertanyalah pada guru2/ustaz2 kerana ilmu yang pelajari hanya bersumberkan buku boleh menyesatkan. dampingilah para muallim.

***LIFE MADE SIMPLE***








CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby