Sky light
aturan hidup
Isnin, 30 Mac 2015 {0} | Leave a comment ?

Hidup ni kalau tak ikut aturan.. semuanya jadi kacau.
Hyep. Assalamualaikum. Kali ni takde nak cakap pape pon. Just nak buat luahan hati.
Kita manusia, hakikatnya takleh hidup tanpa aturan. Kalau makan tak teratur, tidur tak teratur, rumah tak teratur boleh mati cepat dibuatnya. Macam-macam penyakit dapat.
Stress, membawa kepada darah tinggi, membawa kepada sakit jantung, membawa kepada strok..
Migrain, tekanan darah rendah (hypotension).....

Dan banyak lagilah

Islam banyak ajar kita tentang aturan.
Solat tu kena disiplin. Solat on time. Jangan dilewatkan..
Puasa ajar kita bersederhana dalam pemakanan. Makanlah walau sedikit. Makan pagi dan makan malam itu penting..
Haji mengajar yg anticlockwise tu dapat mmberi tenaga.
Zakat. Harta yang kita tak guna bukanlah milik kita..

Semua ni dah diajar sejak 1400 tahun dulu. Cuma kita je yg sombong dan jahil. Degil tak nak pi belajar. Pastu buat kajian sendiri..

Whatever.

Kbai. Cukup2lah membebel.
Btw, seronok blogging kat fon ni. Fon dulu xdapat blogging pon. Tapii rindu nk tekan home button samsung....
Wassalam.



FON BARU
Sabtu, 28 Mac 2015 {0} | Leave a comment ?


Assalamualaikum. Hyep.
Beberapa hari lepas aku tuka fon dgn abang long aku. Htc die tuka dgn samsung aku. Aku x kisah sangat awalnya sebab aku sedikit fed up dgn fon tu. Asyik hancur je bateri dier....

Tapi htc ni memeningkan kepala otak aku gak. Bak kata abang kandung aku, henpon orang tua. Kenapa kata camtu? System apps je 3GB. Omg beruban aku jadinya. Melihat sume apps yg aku x mungkin gune menyemak kat fon nie.

Tpi xpelah. Pengalaman. Tadi aku reset fon ni. Then aku reinstall segalanya.

Dgn fon abang aku ni barulh aku kenal battery saver aka batery doctor and phone booster. Aku tgh try du apps skrg ni.. hmm cam nk borak dgn abang kandung aku pasal ni. Tapi dia tu bukan reti mngajar pon. Aku xkan dapat apa2. Baek aku try and error sndiri.

Korang buleh suggest game tak ?



Pasal epsom salt tu.. ade sket lagi yg aku nak share dgn korang. Tapi biar aku kompem kan dulu. Nti aku citer


Keh. Bai. Nak tido.. Wasslam!

PS : ini guna fon. And abang long aku is abang ipar. Aku ade soranv abang je.



sleep reset.
Jumaat, 20 Mac 2015 {0} | Leave a comment ?

assalamualaikum.

hyep. hari ni mood aku kurang baek. menggerutu jerp..
ini sume sebab malam semalam aku takleh tido.. macam apetah subuh baru tido. then bangun kena perli dgn akak aku.. haih, maleh nak cakap banyak.

so sekarang ni aku nak buat plan malam ni aku takmo tido. biar badan penat then tido awal malam esok. hihihi. gila tak?
tak gila pon ramai je orang sekarang tak tido malam kan??

kalu tak buat macam ni nanti aku akan selalu nak tido petang walupon dah tido malam. selalu sangat aku tido hampir 12 jam.. susah la.. nanti mati cepat....
so aku memang akan reset malam aku macam ni. penat doe nak catch up.

tido lama ni pun dikira medical things jugak. oversleeping.
memang tak bagus pun.
wikihow.com : Stop-Oversleeping


aku jumpa benda ni. best gak dapat info cenggini en? //obsestengokcermin



1 & 2: ini masalah penghadaman. jaga makan !
3: selalunya sebab alergi (kalu ade). jauhi juga alkohol, dairy, dan mknn berminyak.
4 & 5: dehydration. (kalu ade dark circle pon same gak)
6 : masalah jantung @ kaitan dgn mekap
7 & 8 : masalah buah pinggang. jauhi minuman bergas, kafein (kopi, teh, coklat) dan alkohol
9 & 10 : masalah pernafasan. merokok, allergi, asma.. [ -asid +alkali ]
11 & 12 : hormon
13 : penghadaman. +fiber -toxin
14 : penyakit.

aku tulis ringkasan je. sila klik gamba utk penerangan lanjut.
selain daripada sebab hormon, resdung dan tak cuci muka ade punca lain juga jerawat tumbuh kat muka..

#combines Ayurveda and ancient Chinese medicine

ini pulak kalu jerawat kat badan.
thebeautygypsy.com

#utkWANITAshj

k. tu je, bye.. wassalam !

Label: ,




boils.
Rabu, 18 Mac 2015 {0} | Leave a comment ?

hyep. assalamualaikum

hari ni aku nak cakap pasal boils.
korang pernah tak timbul gelembung kat kulit korang? manamana bahagian lah.. kalu ada air dalam dia. itu namanya boil. ada jugak yang dipanggil hive/urticaria. aku selalu kena la sebab aku kan eczema gitu.

aku nak letak gamba. tapi takde yg sesuai pula. hati2 la kalu korang google image. takut muntah pula.



aku ada hidrosis eczema. dengarnya selalu terjadi kepada perempuan. hmm *angkatbahu* lebih kurang macam ni lah.. kalu hari2 yang tak tahan tu aku letak ais. tak rasa gatal. baru la buleh pi tido.
tapi selalunya aku sapu krim and spray gune salt spray tu.



hasilnya bile aku dh spray, dh sapu krim.. esoknya terus je air dalam gelembung2 tu hilang. macam dh nak sembuh.. hebat tak? sehari je..

pernah. aku ade boil kat lutut. aku pon tak pasti knp dier ade. saket betol mase tu. stres aku dibuatnya. pus die dh la kuning. pus tu panggilan utk cecair dlm dier.

dh beberapa hari aku sapu antiseptik. akhirnya aku dah tak tahan aku ambil jarum aku pecahkan and aku urut bagi keluar segala pus. omg, banyak dan pekat juga.. alhamdulillah lepas tu legaa...

... abc .. apa yg aku nak sampai kan sebenarnya eh? =="

anggap je lah aku sharing pengalaman dengan korang.



aku akhirnya buka wassapp semula. setelah bermingguminggu juga tak mengadap smartfon. bosan tahap apa ntah.. orang kata kalu hidup sehari tanpa fon kita buleh nampak berapa masa lapang yang kite ade. tapi bagi orang yg hidupnya kosong macam aku. tak reti buat keje satu hape pon... akan nampaklah betapa kosongnya hidup... //hmm betullah tu kan..?

macam-macam yg aku terlepas. cerita kematian ibu kawan aku.. tazkirah sharing2 diorang.. info apa yg patut.. haih...

nampak sangat aku ni tak hargai kawan. kawan takde kate lonely, kawan ade kite lari.. adoii.

k lah. maleh nak bebel panjang. kbye, wassalam!

Label: ,




eating guilt
Sabtu, 14 Mac 2015 {0} | Leave a comment ?

first time aku ada eating guilt
hye, assalamualaikum.
korang tahu apa itu eating guilt?
biasenya orang yg ada eating guilt ni orang yg gemuk (obesiti) atau orang yg perasan gemuk je. tapi tak kusangka aku pun terkena.

semalam, kitorang order kfc. bucket besar. 15 ketul ayam. tapi ade dua je ori. aku kan allergic capsiacin so memang sepatutnya tak sentuh lah ayam spicy tu. tapi end up time dinner, kitorang tak masak. so aku lapar. tengok ayam tu ada lebih satu. aku pun ape lagi, perut lapar beb.. NGAP.

tetibe.. gatal muka.

rasa macam nak muntahkan balek ayam spicy tadi. tapi kalu muntahkan pun bukan buleh hilangkan gatal.... en?
so aku pun put up je lah sakit perut nak muntah tu dengan menelan benda lain.
minum air.. dont think about it..

korang pernah hadapi eating guilt?

Label: ,




bila 'tak tahu' menjadi jawapan
Isnin, 9 Mac 2015 {0} | Leave a comment ?

assalamualaikum. hye, aku tengah sedih ni.
[deleted]
korang tahu.. aku ni anak bongsu. bongsu perempuan. dari kecik aku memang tak buat kerja rumah. even barang aku sendiri pun sepah-sepah je. mak aku tak suka orang kacau dia buat kerja. dia memang tak bagi kitorang kacau pinggan mangkuk dia and baju yang dia basuh.
so aku memang biarkan je.
aku tak pernah terfikir pun nak buat sendiri. basuh baju sendiri ke.. kemas barang sendiri ke.. mana aku tahu.

so sekarang ni bila dah besar.. mak tak tinggal serumah. aku blur. tengok barang aku dalam rumah ni.. ada bai. aku asyik ushar je dalam almari, mana seluar aku.. ade berapa je... lain sume kakak aku punya, abang aku punya.. aku punya sume dah kecik. nak pergi beli... tak kompiden.
kalau tengok aku shopping. korang boleh tengok aku ambik barang yg sama je.. barang yg aku baru first time nak beli, aku fikir banyak kali. samapikan bra pun. aku masey kompius saiz ape. kan tag saiz tu pudar lepas basuh berkalikali.
aku sedih betul. selalunya kitorang ni dulu sume kongsi barang. ie walupon itu bukan tuala aku, tapi mak tengah basuh tuala aku so aku pakai je mana-mana tuala yg mak bagi.

sedih tau....

aku bukan malas sangat. cuma kadang-kadang tu aku tak reti fikir kerja apa nak buat. macam mana nak buat. rasa macam rumah ni bukan rumah aku setelah lima tahun jadi budak asrama. time kat asrama dulu space aku kecik je. so aku boleh la fokuskan. tempat laen orang laen ah tanggungjawab.
kat rumah ni.. walupon bukan aku yg sepahkan aku jugak kena kemaskan. aku kemas bukan bersih pun. pastu nti diorang bising aku tak kemas. selalu macam tu. aku dah kemas pastu diorang kemas balek. mana aku tahu...!

dah la rumah ni ade ipar-ipar sekali. tak bebas sangat. malas la nak keluar bilik. aku bukan nak jadi cengeng tapi..
entah lah.
kadang-kadang apa yg aku cakap aku sendri rase tak betul. means apa yg aku cakap tu banyak tipu je.
tak tahu dah apa nak fikir.
duduk rumah orang tengok diorang amcam mana.. diorang pun lebih kurang macam rumah aku, or diorang buat semuanya sendiri. so aku tak sempat nak belajar macam mana diorang buat.
aku ni dah la bengonng. kena practice dulu baru faham. kau cakap la.. aku tak faham. kalu faham pun aku tak kompiden yg aku paham.
4 jenis pelajar.
tahu dan tahu yg dia tahu.
tahu tapi tak tahu apa yg dia tahu.
tak tahu dan tahu dia tak tahu.
tak tahu dan tak tahu apa yg dia tak tahu.
//aku kena build self confidence. but how ? kalu semberono karang overconfident pulak, walhal semua salah. camne?



health : salt spray review
Jumaat, 6 Mac 2015 {0} | Leave a comment ?

hye, assalamualaikum !
hari ni disebabkan aku bersemangat so aku nak buat review tentang salt spray yang aku dah gune currently for about 2 weeks.

keh.

firstly aku nak cakap, aku gune salt spray ni mostly for face and hair. but aku ada jugak gune sebagai deodorant, and all of my body.
becoz aku kan allergy, kuat gatal-gatal and bintik-bintik merah.
and sepatutnya spray ni untuk provide magnesium. bcoz magnesium ni sangat penting utk org puang.
but then hari tu aku gune garam biase je, yg mak aku gune untuk masak. aku tak pasti garam bukit ke apa, nanti senang aku confirmkan balek. sebab tukar bekas so tak ada description.
kalu nak diikutkan resepi asal terus je gune magnesium oil. tapi serius, aku yg gune garam biasa pun terasa perbezaan, kalu ikut betul2?

beza dia..
  sekarang aku rasa lebih bertenaga. which means, aku boleh kawal tidur. biasanya kalu aku mesti tidur tengah hari tapi hari tu.. berjalan punya pasal dua hari tak tidur tengah hari.
  then aku takde period pain. biase nye hari kedua aku memang terbaring je. tapi hari tu aku cume tak selesa perut sikit hari pertama je. maybe jugak sebab aku kerap tukar pad. yeah, aku try tukar setiap 4 jam. mungkin itu salah satu faktor.
  muka aku kurang berminyak. and rambut aku dah kurang rambut gatal, rambut yang menggerutu tu.. lembut je rambut aku.

recipe aku.
 senang je nak buat, guna air suam untuk larutkan garam. then simpan dalam botol spray. done.
 keberkesanan bergantung kepada jenis garam korang pakai. garam biasa, garam bukit, garam himalaya, garam buluh, garam epsom, garam laut.. [ceh susun ikut keberkesanan. tapi itu firasat aku je. buat lah research korang sendiri jugak ye.]
 boleh jugak tambah benda lain untuk bagi wangi. rujuk blog resepi asal. botol kedua ni aku buat epsom + vco. 200ml

tambahan
 aku jugak try sikit demi sikit untuk ubah gaya hidup aku. makan dengan betul, exercise, tidur..
 pastikan diri makan sarapan dan makan malam. biar pun sedikit. ikut keperluan korang lah. korang jenis aktif ke, jenis duduk duduk ke..
 pagi2 sebab aku tak suka exercise berat2 aku buat warm up. warm up je. tapi kalu boleh aku nak buat lebih gak. hari tu try nak lompat bintang, tapi takut berpeluh sebab masa tu bersiap nak keluar. warm up kan senang sambil nak turun tangga keluar rumah pun buleh. malam pulak buat warming down. hehe
 pastikan minum air dengan cukup. max quan aku hari tu 2L. klu lebih memang bercinta dengan tandas la jawabnya.
 aku jugak ade minum susu yg kaya dgn magnesium. sebab magnesium digunekan juga dalam penyerapan kalsium. klu sikit je nti kalsium je yg gune. badan lain tak sempat nak gune.
 lebih kan berjalan. keluar rumah untuk dapatkan udara segar dan vit dari matahari. memanglah orang kata matahari tu boleh bikin kanser kulit. tapi matahari pagi byk vit ap.

hmm cukuplah kan. ini semua review aku je. aku pon masih lagi dalam perjalanan utk amal gaya hidup sihat. kadang2 aku terlupa, kadang2 aku malas. cuma kite kena ingatlah semua ni baik untuk kite. so kena buat jugak. mencegah itu lebih baik daripada mengubati. yg penting istiqamah.
jangan lupa solat [solat wajib, solat dhuha, solat malam] doa banyak2. ingat rezeki tu milik allah. in fact badan tu pun allah yg bagi pinjam.

ini cume review aku sendiri. korang buleh lah sesuaikan ikut keperluan korang.
dalam kita meneroka perubatan moden, jangan dilupakan sunnah nabi.
keh. wassalam !

//eh lupa nak cakap. boleh jugak gune untuk spray dlm mulut.

Label: ,




the day
Selasa, 3 Mac 2015 {0} | Leave a comment ?

assalamualaikum.

tamatlah sudah penantian selama tiga bulan menunggu result spm.
dahsyat betul ya?
aku takde lah target sangat pun. redha je apa adenya.
cuma bile aku dgr yg 11A & 12A tu masing-amsing cuma sorang and bukan aku..
so aku jadi tak ambil peduli.
x sangka pula nama aku disebut kemudiannya. 7A bertiga.

didnt react sebab mase tu tgh tgk phone.
i thought i was neutral. but then my sis said suara aku bergetar nervous.
*angkat bahu*

memula aku malas nak btau orang result aku.
but.. you just cant resist when everybody's asking.

and aku jawab 3A. haha

aku x tahu kawan aku set nak makan kat warung dekat sekolah tu.
seb baek ade orang nak gi ktm gak buleh tumpang.
but then kitorang punye tawaf tu.. merata sekolah sebelum gi makan. solat dulu.. jumpe bebudak junior.. makan pukul 3.
time makan tu xde la borak banyak sangat. maybe sebab hari2 bertemu di whatsapp.

then gi ktm dgn kawan sorang tu macam2 borak. ye lah mmg bosan pun.
aku turun kl sentral, tuka lrt. dier terus ke gombak.
turun pusing2 sikit kat nu sentral. sajer. sebab takpernah naek situ kot..
jumpe kedai typo. fikir nak beli. tapi lepas kena tegur "x buleh ambil gamba" aku terus hilang mood tu. bukan ape, tak biase, mmg respon aku camtu. kene tegur terus terdiam..
kononnya nak dinner dulu, alih2 beli anne marie's pretzel. then balek.
kene marah pula sebab sampai maghrib2.

and you know what? tertinggal slip and segala sijil kat dalam kereta kawan. omg

w'ever. nti ahad jumpa dia. kat karnival uni.
rase cam nak gi serdang la..

k lah i think thats enough. see you later. wassalam!



lusa - result spm
Ahad, 1 Mac 2015 {0} | Leave a comment ?

assalamualaikum..!!!

*alamak, excitednya/?*

hyep. nampaknya trending batch 97 sume tgh berdebar tunggu nak memegang slip result.
aiyoo. kalu orang laen, maybe scared, butterfly in the stomach.. aku? excited!! entah la.. excited gile smpi dah pilih baju nak pakai lusa nti.
maybe sebab rindu giler kat kengkawan kot? *ahha*
lagipon nak tunjok kat diorang muka aku dah bersih skit *kantoi agenda tersembunyi*
tapi slack.. -semalam langgar pantang. and pagi tadi plak gi kenduri- jerawat naek pula !! t,t

hmph.

bila dah dok fikir pasal result nak dekat..
rasamacam ade banyak benda lagi aku nak buat sebelum masuk u..
ntah bile nak settle ntah? :(

aku dah seminggu tak whatsapp..
henpon aku.. bateri kembung.. maleh nyer nak keluar beli bateri...
syan kawan aku dok tunggu jawapan dari soalan dier dari hari tu..

TT TT TT TT TT TT TT TT TT

k. tu je kot. bye, wassalam!
*such short update*







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby