Sky light
cerpen | noktah pertama
Jumaat, 27 Februari 2015 {0} | Leave a comment ?

hei. hai. assalamualaikum.

aku post cerpen baru. dah beberapa hari tersimpan dalam draf. sungguh lama aku tersekat nak menaip ending. writer's block.

citer ni actually ttg idola. watak utama tu orang biasa, satu hari ada orang tersalah tampar dia. bila dia periksa, orang tu nak tampar kawan dia atas kesalahan kawan dia tu.
kawan dia buat maksiat dengan adik orang tu.
dia pun pi la jumpa orang tu dan minta maaf bagi pihak kawan dia.
orang tu *yang senior dari dia* minta tolong dia untuk cari adik dia yg lari dari rumah.
and dia rasa cara orang tu sangat bagus untuk selesaikan masalah dia.

orang tu ambil aliran agama.
jadi dia sangat hormat orang tu. lagipun orang tu mmg kebanggaan sekolah.

disebabkan tu dier gaduh dengan kawan dier.
tapi dia tak kesah sangat. sebab tak rapat
and dia pun tak setuju dengan aktivti kawan dia tu selama ni.

lastly orang tu dgn adeknya pindah sekolah.

but shes still admiring her. and is inspired.

done but.. aku rasa macam ade kekosongan . something is just lost. and i need that element.
boleh tolong aku figure out what is it?

Noktah Pertama

..

and aku jumpa something interesting.
ayurveda.
mase aku first nampak ayurveda ni aku fikirkan its like very keagamaan.
hindu skit ke.
tapi sebenarnya dia macam yoga je.
so many health benefit.
but tak perlu selami sangat decription dier sebab i think its just human nature.
your body nature. needed to be nurtured and trained.

dosha quiz   the plan

benda ni dier selami keadaan tubuh kau. then dier btau care camne nak jaga tubuh kau mengikut kesesuaian dier.
try la. serius kena cuba.
// aku dah dua minggu try. and aku dah takde senggugut.. //

k. tu je nak cakap. bye. wassalam!


Label:




facial | my daily routine
Selasa, 24 Februari 2015 {0} | Leave a comment ?

hye. assalamualaikum.

nampaknye sejak dah dekat nak ambik result ni aku maken fanatik jaga muka.
haha, nampak sangat paranoid, malu nak tunjuk muka berparut-parut.
ini semua natijah kemalasan masa remaja. ceh, cakap macam dah bukan remaja lagi walhal baru lapanbelas, baru nak melangkah keluar dari alam persekolahan...

jujur cakap. muka aku memang teruk gila. gila pun tak mengaku teruk tau.
aku kalau ade jerawat memang aku picit-picit, langsung tak peduli kesan die.
and tengoklah sekarang, sibuk cari cara nak hilangkan parut..
haih, apaapa je lah.

okeh. hari tu aku kongsi langkah-langkah facial care kan? sekarang aku nak citer apa yang aku gune.

firstly, cuci.
aku cuci muka guna madu.
aku basahkan muka dengan air suam. sapu madu dua teaspoon. aku gune madu naqia, sebab aku suka rasa dier tak manis sangat. aku cuci buat bulat bulat dekat muka. kalau korang tengok iklan fair&lovely kan diorang nyanyi *bulatan separuh sekali* amende tu kan. aku tak hafal cara tu. so aku pun buat je lah bulatan.. bulat bulat bulat dari dagu ke pipi hidung and then dahi. kenapa aku start dari bawah? sebab akak aku suruh. maybe liang pori menutup ke bawah kot.. lagipun kalu urut ke bawah nanti pipi melurut pulak kan tak cantik. dah rata madu. aku bilas dengan air suam lagi. tapi aku basuh sekali lagi dengan air sejuk pulak.
sebab. air panas untuk buka liang pori, air sejuk untuk tutup balik. simple.

then toner.
toner.. aku gune bedak sejuk. ceh. pagi-pagi gune bedak sejuk kan? aku sapu nipis je bedaknya. nanti lepas sarapan orang tak nampak dah.
aku gune bedak sejuk ni sebab. bedak sejuk datang dari beras. and korang tahu kan betapa berkhasiatnya air beras untuk kulit.. tak tahu? lain post aku citer.
bedak sejuk yang aku gune tu pun campur dengan air mawar. so memang perfect lah rosewater sebagai toner.

moisturize.
aku dab aloe vera gel. tapi sikit je. sebab kadang-kadang aku rasa gel tu macam bikin panas muka aku. yelah gel kan texture yang berat untuk kulit.. maybe jugak sebab aku ratakan nipis sangat ?
//kadangkadang aku skip je. malas. tapi tadi aku buat revision, dier kate mmg ramai orang neglect moisturizing dgn alasan yg lebih kurang sama dengan aku tadi. so, kena buat jugak lah.

special.
aku sediakan salt spray. aku rasa spray ni buleh buat untuk macam-macam. deodorant pun buleh kot.. hmmm. sekrang ni aku mmg suka sangat spray benda ni. maybe sebab excited en..
spray ni senang je nak buat. larutkan garam dalam air panas. pastu simpan dalam botol spray. tak perlu susah susah nak fridge pon. tapi keberkesanan bergantung kepada garam yg korang gune lah.
gune garam biasa, biasa-biasa je. nak hebat cari salt sea. nak murah cari garam himalaya atau epsom.
//spray ni boleh gune selalu dan untuk mana-mana anggota kulit. source

lastly exfoliate.
ini hari tu aku gune turmeric+honey. aku sapu madu. then aku ambil tisu rendam dalam air kunyit and letak kat muka. biar 10-30 min camtu. aku baru try ni.
laen kali nak mask lain pulak.

keh. itu je.

kalu ikutkan plan asal nak guna minyak kelapa dara. tapi aku tak proceed sebab melekit dan berminyak sangat. itu lah yg aku nak share dengan korang. korang boleh try and error jugak.
aku ni budak baru belajar juga. sejak jumpe blog wellnessmama tu lah aku semakin rajin. //kan?
aku still ade jerawat lagi. tapi aku gembira bila parut dah makin pudar, bintik hitam dah takde, and pori-pori yg tersumbat dah mula mengecil.

tapi kalu korang buat facial cara lain pon. korang jangan cepat mengalah. salah satu tangga kejayaan ialah istiqamah. korang teruskan, jangan malas2. kalu tak sesuai baru berhenti. tapi kalu menyusahkan sangat cari lah alternatif lain. tak salah pun.

and jangan lupa minum air secukupnya, makan dengan seimbang dan exercise. ingat..
beauty for health, not health for beauty

wassalam !

Label:




health | bekam
Ahad, 15 Februari 2015 {0} | Leave a comment ?

hyep. assalamualaikum.

semalam aku pi berbekam. sebab kawan aku pernah syor buat bekam resdung. dia selalu buat juga.
eh? resdung pun buleh bekam?
bekam tu untuk detox; keluarkan toxin. sama macam acunpuncture, bekam ada jugak titik-titik tertentu untuk anggota spesifik.

bekam resdung ni dier buat lapan cawan. tiga kat dahi, satu kat dagu, dan selebihnya kat pipi.
selalunya, kata akak tu; bahagian dahi yang akan keluar banyak. and akak tu kata aku punya ade keluar lendir. pastu bahagian yang ade kaitan dengan telinga pun keluar banyak. hmm.. teruk juga badan aku ye..

citer sket,

prosedur bekam dengan akak ni, first dier basahkan muka kite dengan tisu basah.
then dier urut lembut untuk rangsangkan peredaran darah. yang hebatnya akak teganu ni, die ajak baca alfatihah dengan selawat dulu.
lepas tu dier sedut tempat dier nak bekam tu supaya darah naik ke permukaan kulit.
then dier cucuk!
ada dua cara nak bekam darah ni, orang dulu toreh banyak sikit la darah yang keluar. tapi zaman moden ni cucuk dengan jarum je. gune alat khas pen jarum dier, katanya cucuk ke titik acupuncture jugak. hmm entah-entah titik acupuncture dengan titik bekam sama je.. yelah sama-sama untuk kesihatan kan?
lepas dier cucuk baru dier lekatkan cawan2 tu semua dan biar darah keluar. akak ni dier buat dua kali. supaya darah tu betulbetul keluar. and memang kali pertama tu tak rasa pun darah keluar, kali kedua tu baru lah mengalir darah.

lawaknya,

time bekam tu ade satu bahagian kat pipi aku, sakit sangat.. perit je.. tempat lain takde pun sakit macam tu, kena cucuk ke kena cawan ke.. takde pun sakit camtu. pastu bile dah siap tu, aku pun tengok lah cermin.
dah tengok cermin, aku senyum sendiri. patutlah pun, JERAWAT kat situ. memang patut pun sakit.
hahaha

lepas buat bekam tu, aku rasa lega sikit masalah resdung aku. hidung aku yang dulunya ade hitamhitam. //kawan aku kata tanda resdung lah tu. dah hilang dah. dah cerah balik.
cuma kadang-kadang tu ade whiteheads, biaselah allergy.

habis tanggalkan cawan bekam, akak tu sapu minyak campuran minyak zaitun, minya kelapa dengan minyak habbatussauda untuk tutup luka. mak oii, tiga-tiga minyak ade. teringin aku nak membelinya. lepas tu dia pesan jangan terus cuci muka balik nanti, pedih!

akak tu kata sebaiknya kalau nak bekam mula dengan bekam belakang badan dulu. supaya detox seluruh badan. boleh je bekam resdung terus. tapi takut nanti toxinnya naik balik. resdung lagi..
mesti korang pelik kenapa aku panggil akak kan? memang yang buat tu muda lagi. anak baru tiga orang. umur tiga puluhan rasanya.
akak tu kata "kalau tak serik datanglah lagi".. //comel je.
aku memang plan nak pergi lagi. sebab telinga aku ni buat hal je. itu tanda redung juga lah tu.

korang tau, balik rumah memang aku tak cuci muka. takut! sambil tunggu nak solat zuhur tu. aku rasa penat sangat. mak aku kata memang penatlah detox. aku cakap dengan mak aku, kejutkan lagi sejam. setengah jam lepas tu baru aku bangun!! hahaha.

okeh korang tu je kot. wassalam!

PS // dah habis 14 hari, aku try untuk stop minum turmeric, tapi tak best. telinga aku terusterusan meradang and tangan aku ada hives/urticaria. hmm, maybe sebab hari tu makan 'sedap' kot. rendang itik!!

Label: ,




denggi
Khamis, 12 Februari 2015 {0} | Leave a comment ?

assalamualaikum !

sepanjang hari ni aku perasan yang berita asik cakap pasal denggi. ramai betul orang kena denggi eh? oh ye la.. kan baru lepas banjir, air kotor banyak bertakung ntah manamana.. //ceh, ya ya je teori aku nih.

so. denggi  ni disebabkan nyamuk en. tapi kadang tu susah sangat nak elak dari nyamuk en. selain daripada jaga kebersihan and pakai mosquitoe repellent. ade cara cara lain untuk elak diri dari dimasukkan ke hospital disebabkan denggi.

korang tau tak denggi tu bunuh orang camne?
dulu la akak aku cakap. orang yg mati sebab denggi ni sume sebab diorang degil nak makan,
biase la orang demam mane ade selera nak makan.. tapi kalu tade nutrisi dalam badan camne nak baik ye tak? dengan lemah lesu ape semua.
lagi satu bila demam kadang tu nak minum air pun malas kan? sebab tak sedap tekak. tak buleh la camtu. bile tak cukup air, suhu badan naik. bila suhu tinggi semua chemical dalam bdan pun buleh berhenti berfungsi tau. so bile nutrisi tak cukup semua simptom denggi tak dapat diatasi.

so amatlah penting utk kite pastikan orang demam makan dan minum dengan cukup.

kalu diorang tak nak makan. gunakan bahan-bahan ni dalam sup/bubur atau apa-apa sahaja makanan yang disediakan utk diorang.
-kayu manis, jintan putih
-basil, oregano, thyme, rosemary
-Alfalfa seeds and sprouts
-anggur merah, aprikot, buah pic, kurma, buah tin
aku pernah tengok anime orang tu letak tauge dalam bubur utk anak dier yg demam.

kalu diorang demam and memang dah terang lagi bersuluh semua simptom diorang tu ade kaitan dengan denggi, buatkan  jus pegaga untuk diorang. pegaga buleh tolong badan untuk hasilkan sel darah.
buleh jugak ambik daun betik dengan pucuk muda dia sekali. buat jus bagi minum.

and korang buleh jugak buat golden honey macam yang aku cakap sebelom ni sebagai antibiotik.

kay? aku tak sukala dengar pasal denggi ni. dari sek ren sampi sekarang. nampak sangat kita ni tak ambil berat. sampah buang kat longkang. longkang biar tersumbat.. senja2 bia budak main kat luar, tak tutup tingkap apa semua. tau tak itu semua meningkatkan risiko.. haih. bak kata iklan; BERSIH!

// apetah yg aku ckapkan? =="

ayat aku macam berterabur je kan..? sorry kalu ade yg korang tak paham. sila lah rujuk sumber2 laen. aku ni pon sekadar google jerp. sharing2.

okeylah. we share we care. we spread the salam. wassalamualaikum!

source

#alfatihahtokgurunikaziz

Label:




health: madu emas
Rabu, 11 Februari 2015 {0} | Leave a comment ?

hye. assalamualaikum.
aku nak menulis, tapi takde mood pulak. so aku pon berfikir lah ape aku buleh isi dekat blog ni. citer hari tu tak siapsiap lagi. ==" kene tunggu la nampaknya.

hari ni aku nak perkenalkan satu jenis minuman. aku baru je tahu nama ni lepas browsing semalam.

korang  tahu kan 14 days mission aku?
semalam aku terlupa nak minum air kunyit. so aku campurkan aje dengan madu.
selalunye aku asingkan. kunyit pagi, madu malam.
pastu aku terus je search sebab aku takut kalau ade side effect. biaselah, benda bagus camne skalipun kalu salahguna, terlebih dos, boleh bawa penyakit jugak.
aku takut kalau dier buleh naikkan risk anaphylaxis. pengalaman anaphylaxis aku taon lepas.. aku taknak lalui lagi benda tuh. ((O.O))

pastu aku dapat tahu campuran madu dan kunyit ni orang panggil golden honey.

campuran ni merupakan antibiotik terbaik.
kalau demam ke selesema ke, boleh lah buat ini.
campurakan aje satu sudu teh serbuk kunyit dengan 100g madu asli.


bagus untuk mengubat masalah pernafasan, hemofilia, darah tinggi, masalah pencernaan..

According to the Indo-Tibetan medicine, you can use turmeric as follows:

Before eating – excellent for throat and lungs. (tekak & paru-paru)
While eating – excellent for the digestive system. (pencernaan)
After eating – excellent for the colon and kidneys. (usus besar & ginjal)

banyak lagi kelebihan mixture ni. tapi aku .. aku takkan ambil lagi benda ni.
sebab dier buleh rendahkan blood sugar, so its bad utk aku kurang makan and memang ade sejarah pengsan sebab darah rendah.

sepatutnya aku nak lawan allergi aku tapi sejak semalam gatal-gatal makin kuat pula. maybe sebab mixture ni utk tingkatkan pertahanan badan. and imun aku semakin tinggi dan histamin semakin byk menyerang antigen yakni bahan yg aku allergi tu.
allergi kan sebab imun salah tafsir protein dalam sesuatu bahan sebagai benda berbahaya.

korang boleh try buat ni kalu demam and selesema.
but once korang rse tak sesuai dgn bnda ni kurangkan pengambilan atau stop je.
sebab tak semua yg baik utk org tu baik utk kita. know your own self.

Upon the first symptoms of colds and flu:
Day 1 – Take ½ tsp. every hour during the day.
Day 2 – Take ½ tsp. every two hours during the day.
Day 3 – Take ½ tsp. three times a day.

sehingga berjumpe lagi, wassalam !

PS: ape yg aku cakapkan ni dari hati seorang pesakit. aku bukan pengamal perubatan. semua ni aku ushar kat internet jerp.

source // lagi: golden milk  facial mask..!

Label:




facial | beauty for health
Selasa, 10 Februari 2015 {0} | Leave a comment ?

beauty for health not health for beauty
hyep. assalamualaikum.
disebabkan diserang insomnia, dan disampuk roh burung hantu.
aku meneruskan lagi kajian tentang kulit.

ya. kulit.

kulit ialah organ yg paling besar ya. kulit juga merupakan barisan pertahanan pertama badan. so sebenarnya kita boleh tau tahap kesihatan kita hanya dengan melihat keadaan kulit kita.
kering, berminyak, kuning, lebam,
itu semua tanda-tanda kulit kita tak cukup nutrisi.

tapi kali ni aku nak citer pasal muka je dulu. becoz tak cukup info untuk teruskan yang lain2.

kita mulakan dengan mencuci.
cuci muka seeloknya dengan air suam. sebab air suam ni akan membuka pori-pori. aku pernah tengok kat tv, orang cina bile dier bangun pagi memang diajar cuci muka dengan mengelap tuala panas kat muka. hmm, bilelah aku pulak nak rajin masak air en..?
pastikan suhu yang sesuai. air panas akan buat kulit korang kering!
and gunakan pencuci yang sesuai dengan korang.
tak tahu macam mana nak cari? jawab soalan2 ni.

then, toner.
korang mesti cam *alah leceh la..* excuse me. toner ni. aku pon baru belajar pakai. akak aku kate untuk tolong kecikkan pori2. whatever.
tapi yg aku bace, kalu ade residue (lebihan/sisa) sabun tadi or minyak kat kulit. toner boleh tolong keluarkan benda tu. bagi yg kulit kering cam aku, jangan gune yg ade astringet. nti kulit tambah kering!!

pastu moisturize.
utk pastikan kulit tak ternyahhidrat dengan cepat. dan kekalkan lembapan yg kita dapat time cuci muka tadi. paling baik gune natural, macam minyal zaitun ke minyak kelapa dara ke gel aloe vera ke en.. yg penting moisturize cepat2 lepas keluar bilik air tu.


lastly exfoliate.
aku pon rase cam malas jej nak buat bnda ni. buat bnde ni skali sminggu. takyah banyak2 kali. ini cuma utk hilangkan kulit mati. tapi kalu nipis sangat kulit korang, korang terdedah dengan bahaya matahari. *sunshine like a diamond*

haih.. penat.

tambahan.
waktu mengelap. jangan rub tau pat dry je. maksudnya tepuk2 je. utk pastikan air tadi lebih banyak mresap ke dalam kulit, bukan ke tuala.
and pakai sunscreen. bila kluar jumpe matahari kay.
minum dan tidur secukupnya.

ingat jaga kulit untuk kesihatan bukan jaga kesihatan untuk kulit.

itu sahaja dari saya. jumpe lagi bile aku rajin. wassalam!

PS : aku tatau nak cakap ape sebnanye. so cube korang tengok sini. kalu ta paham and nak aku translate bitau. kat sini lah aku start blaja. haaaha.

Label: ,




ending istikharah cinta.
Sabtu, 7 Februari 2015 {0} | Leave a comment ?

A R G H   ! ! !

istikharah cinta. menyakitkan hati bila tahu ade orang sampai gaduh laki bini pasal drama ni. lebih menyakitkan hati bila sedar aku sendiri pon banyak menyumpah seranah buat maksiat lidah time tengok citer ni.

k.

citer ni ok je sebnanye. walupon aku rase pelakon2 baru punya intonasi tak best tapi ok lah. [sebab tak reti nilai sangat so takmo kritik lebih2]. tapi aku seriously tak puas hati dengan ending dier.

first. hanafis.
punye dasat dier paksa cinta dier kat dina pastu tetibe. //syahdu belajar utk lupakan kau. WHAT?! dahtu seblom ni tak pernah pulak nak pikir camtu en? aku heran betol. apa je yg din dgn alisya tu cakap sampai dier tetibe insaf? atau aku ade terlepas apaapa?? //lantaklah, hidayah milik allah.

second.
amboi. romantik si hanafis tu dgn alisya.. aku rasa lebih sweet pulak dari hero heroin. maybe sebab tetibe nampak senyuman ikhlas dier? and. rasa loya-loya. TU JE?! seriously.. dah kering idea ka? kot ye pon mention la sket dah berapa weeks?

third. honeymoon,
dina dengan airil honeymoon kat arab? hello, tak nampak ke perut tu sikit punye besar! boleh pulak naik plane, ya? heran aku. berapa kali aku dgn mak aku dok mention pasal hal ni.

pastu.
bukan hanafis kate nak pi minta maaf kat airport ke?

aiza aku malas nak gadoh. TYPICAL!

aku dgn adek aku punye lah bayang. kot2 dah sampai airport en, pastu jumpe napis. tetibe aiza pon maybe datang gak minta maaf. takyah pon takpe menyemak. and then dah babai babai dengan juliza and taufiq the newlyweds. dina sakit perut nak BERSALIN.

apsal takde langsung tunjuk sume benda nih.?

just a smooth flow.. boring ah! trust me, DULL





----------------ll------------------

enough cakap pasal citer melayu tuh.

skrang nak cakap pasal got to believe.
aku suke giler citer nih. becoz?

its like another dimension of the world.

citer budak sekolah eh? blur2 jer diorang tak mengaku suka sama suka.
and then, buli. klaka jer.
lagi, the fact that diorang saling membantu sesama miskin dan kaya.
plus. kehadiran DOMINIC di sisi chichay berharga gile.

dier takde pon tunjuk sangat yg dier suka. aku rase chichay tak rase pon si dominic tu simpan perasaan kat dier walupon laki tu dah confess depan2. tak tau lah kalu aku ade terlepas episode yg chichay reject dominic terang2.

lagi satu yg aku suka. tak macam citer laen. walupon terlepas eps. aku still dapat tangkap jalan citer dier. mmg la aku terlepas scene yg best2. tapi the thing is walupon terlepas TIGA eps aku tak blur. kalu citer laen. terus hilang minat.
haha

satu je la yg aku tak tahan. MAAM JULIANA. watak yg sangat insecure and possessive. tak taulah ape sejarah hitam makcik nih.

aku nak tahu jugak. kisah pertemuan chichay dgn joaquin waktu kecik2 dulu. rugi siot aku lupa nak follo time baru siar dulu... TT tt TT tt TT

lupa pulak nak cakap. aku PUJI konflik dier yg tak seberat citer2 melayu. konflik dier cume. si pembuli didith, peluru dlm kepala joaquin, masalah hubungan juliana dgn jaime.
gitugitu je. konflik kekeluargaan yg ringanringan. takde contoh anak luar nikah/angkat. atoyy, benci.


PS / ketara sangat ke aku membandingkan antara dua cerita berlainan negara? aku bukan nak mengata. cuma meluahkan perasaan aku yang. geram dgn ending tu. and suka dgn jalan cerita ni.



hidup menganggur | facial treatment
Jumaat, 6 Februari 2015 {0} | Leave a comment ?

hey, assalamualaikum.

beb dah lama aku tak menghadap keyboard nie utk blogging en? haha
aku kat ganu skrang. dgn mak ayah aku, adek aku yg satu-satunya (masih bersekolah ;p) and my niece.

banyak yg aku nak citer. pasal playstore yg aku baru explore bersungguh-sungguh. pasal got to believe drama tagalog tv9 fav aku. istikharah cinta yg baru ending sekejap tadi.. and.. aiyoo manyak betol !!

  first aku nak citer pasal facial.
  aku sekarang ni tengah dalam misi nyahjerawat. aha. dahsyat tak nama? ini sume adek-beradek aku punya pasal. aku datang je ganu ni jumpe adek aku, itu lah benda pertama yg dier tegur. and orang lain pon dok menyebok-nyebok. bagi tips itu ini. aih... malu aku
  actually aku suka guna minyak. plus, aku kan ezcema. kulit sensitif so mana buleh sembarangan testing2.. aku ade bace yg paling baek utk eczema is VCO [virgin coconut oil]. so aku pon cari le dekat google. then, aku terjumpe satu web ni. syok giler.. dier buat sendiri; resepi sendiri cara2 buat hard lotion. bahan utama die gune beeswax jerp. hebat.
nak tahu apa tu hard lotion. baca sendiri.
web ni memang berguna giler. lagi2 utk korang kat luar sane tu yg nak belajar buat barang kosmetik sendiri. aku rambang mata bile bukak store-link yg dier bagi. atoyy, sume nak beli. //tapi.. tak berani pon. fulus tada..
  start dari tu aku mule berfikir camne nak bagi lawa muka aku yg comot nih. bukan saje nak melawa. tapi beauty for health. hah kau!
  aku teringat yg ustaz aku kata, [USTAZ] sapu madu asli kat muka adalah cara terbaek utk jaga muka. aku ade gak buat dulu2 tapi madu tak asli, maleh aku. melekit! aku sapu yg mak aku punya ni tade lah melekit pun. bak kata ustaz aku, sapu elok2 dier jadi cam minyak jer.
  pastu semalam aku gi shopping. aku beli bedak sejuk. and terjumpe aloe cream bar. memula aku tak baca pun itu cream bar. ingat soap biase. but then, bile aku cuci muka panas siot! nampak sangat tak sesuai. tapi bangun pagi aku nampak parut hilang seperti yg dijanjikan. so aku nak teruskan jugak!.
cream bar ni aku rasa macam hard lotion ni. takyah guna air. sapu je kat kulit. bukti; jari aku tak papepon. //jari aku eczema paling teruk.
  pastu aku search internet pasal bedak sejuk nih. sebab kawan aku kata yg beli2 ni tak elok sangat. baek buat sendiri. and wallahi, aku jumpe tutorial bedak sejuk. laki pulak tuh yg tulis. dier kate mengimbau kenangan masa kecil dengan opah dier. barulah aku tahu bedak sejuk tu datang dari beras.
buat ape dengan beras tu? baca sendiri.
  and. aku jugak jumpe page nih. dier menerangkan kat aku jenis kulit aku. perh. baru aku tahu yg aku ni menghidap allergy contact dermatitis. inilah nama panjang utk eczema aku.
jenis kulit ade empat.
1-dry skin  2-oily skin  3-balanced skin  4-combination skin  5-sensitive skin.
penerangan? baca sendiri.

  so. camtu lah. cita-cita besar nak lihat perubahan dalam masa 2 minggu ni. kenapa 2 minggu? sebab nanti raya cina ikut my niece balik kl jumpe mama dier.
  kaifiyat menjayakan misi : //ceh, kaifiyat. # rindusekolah.
1-cuci muka dengan cream bar. memandangkan aku tak bawak pencuci muka datang sini.
2-tepek bedak sejuk semalaman. aku pon tatau kenapa aku nak jugak gune bnda ni.
3-sapu madu. bangun pagi cuci bedak and sapu je madu. AMARAN madu sifatnya panas.
4-minum air kunyit. ini utk hilangkan eczema. aku try je dulu.


okeh. itu je dulu. sakit tangan doe.
next post aku nak sembang pasal dramadrama yg aku sebut first tuh.
btw aku ade tulis cerpen skit. blom taip lagi la...
bye, wassalam !

PS : aku ade tertonton ulangan mentor legend pagi tadi. tuah bertanding final? OMG

Label:








CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby