Sky light
kulit & alergi
Sabtu, 22 Februari 2014 {0} | Leave a comment ?

bismillahirrahmanirrahim.
tak sangka pulak minggu ni boleh blogging lagi. hehe
sekarang ni 0235. sebenarnya sampai rumah tadi 2355.
tapi sebab terlupa nak cakap apa so melencong dulu tempat laen.
puas hati bila dapat download banyak lagu masuk pd (pendrive) tersayang. hehe
nak sambung setia cinta tapi macam hampeh.
tadi hampir tertidur sambil browsing cerpen lama.
ceh, sendiri tulis sendiri baca sendiri sentap.

okeh. kita masuk topik kita yerp.

aku nak promote ni..
aku kan ade allergy dekat chilli.
dan kebanyakan makanan kat malaysia ni chilli-based. #terutamanyanasilemak! TT
and so aku sangat menderita. tangan aku jadi macam ni :

most eczema comes from allergy

hampir. tapi part kuku tuh takde la.
dari form 2 lagi. dulu ada kat 7/10 jari. sekarang ni 4 jerp. #smilinglikejoker
sumenya berkat usaha dan doa yang istiqamah.
aku tak se-advance orang lain. tak serajin orang laen. so aku tak tangkap gambar perubahan yang sepatutnya aku nak tunjuk kat korang. #akupemalasnomborsatu.
dulu aku try benda ni :


aku tak ingat aku pakai yang mana. tapi yang aku pakai warna biru. lotion. bau dier wangi. rasa macam nak makan.
aku pakai time2 nak pmr. masa dalam dewan periksa pun aku boleh selamba sapu lotion tu kat tangan. #macamtaksenonohkan?
dalam 3 bulan camtu, tapi tangan kanan aku tak tahan. ada rasa gatal.
so, aku pun berhenti.

pastu bapak aku paksa aku pakai yang ni.


nampak tak? untuk kurap. sampai hati bapak aku kan?
tapi lepas tu tangan kiri aku dah baek. cuma tinggal kesan hitam jerp sket. #angkatkening

aku tak suka pakai tu. sebab leceh. kalau tak silap, aku sapu minyak zaitun and minyak kelapa dara gak time tuh.

    

minyak kelapa dara macam susah nak dapat stok. and minyak zaitun tu pulak mula bikin gatal. maklumlah, minyak rambut jerp.
pernah jugak aku letak madu. tapi rasa leceh.

sekarang ni aku pakai vaselin. hasil memang memberangsangkan!!


jari aku yang hitam tu mula jadi warna pigmen yang asal. hehehehe. aku gembira giler. and aku tengok ada junior aku ni pakai vaselin gak. dier letak kat bibir dier. sebab dier ada alergi apatah yang menyebabkan bibir dier selalu kering. pastu aku pun ambik inisiatif letak vaselin kat seluruh muka. kadang2 aku tak letak jugak. becoz aku takut kulitnya rindu nak ke oksigen.
sebab benda ni petrolatum aka petroleum jelly. utk maklumat lanjut here & here .
hasilnya, hidung aku yang panda giler disebabkan rentas desa time form 3 mula sekata balek tona nyer. hahahahha. bangga! #hidungtinggi.

tapi aku tak berapa suka pakai minyak kat tangan. susah nak pegang barang. habis berminyak spek aku!

and tadi akak aku syorkan benda ni :


aku baru try tapi aku dapat rasa yang dier lebih baek dari buds yang aku gune time pmr dulu.


tapi yang aku bace, cara terbaek nak elakkan alergi ialah elakkan trigger alergi tu sendiri. yakni in mycase, jangan makan chilli. sedih kan? tapi thats the most mujarab way.
#dah mula nak rojak dah.

okey lah. itu jerp.

sebnanyer nak promote ms vaselin tu jer kat korang tapi end up cerita panjang berjela pulak.
sorry and thanks for reading.

pasal petrolatum and alkohol, aku nasihatkan korang banyakkan tanya en google tentang apa saja yang tertulis kat barang kosmetik yang korang gune. jangan nanti menyesal pulak sebab tak ambik langkah berjaga-jaga and terlebih dos .

wassalam !

Label: ,




things.
Jumaat, 14 Februari 2014 {0} | Leave a comment ?

hye, assalamualaikum.
dah dua minggu tak online. tapi terasa macam dah berbulan la...
banyak benda nak citer. tak tau nak mule dari mana..
hmm

1 !  ukhuwah.
sejak aku jadi form five ni, baru aku rasa nilai ukhwah yang tinggi. walupon munkin ukhwah tu bukan milik aku, bukan yang aku buat, tapi ada perasaan 'oh' bila aku tahu itulah nilai ukhwah di smik.
satu hari di hari yang tak sepatutnya, [hehe] kitorang buat sharing moment and ada kawan yang baru masuk taon lepas, dier kata ukhwah kat smik ni memang laen dari yang laen. sumorang concern pasal everybody. kalu ada yang tak datang tu, mesti sumorang cari tahu apesal dier tak datang. takde pun certain orang yang, "biarlah dia nak datang ke tak". that kind of things.
satu hari lagi, aku macam mana tah.. sengaja nak rapat dengan sorang budak ni. dier sangat pendiam. tak nampak dier rapat dengan sesiapa baik dengan kawan sekelas dier sendiri pon. [aku tak nak dier jadi cam aku.] memula kitorang main tag. tetiba satu kali tu, aku ambik wudhu sebelah dier. entah macam mana timbul satu keinginan nak bukak tudung dier. fyi, dier tak pernah tunjuk rambut dier kat sesiapa pun. walupon dah dua tahun kat smik, tak siapa tahu rambut dier macam mana. kawan aku pernah, disebabakan dier potong rambut, dier tak nak lansun tunjuk rambut kat orang. and i did the same.
mase tu sumorang terkejut. "OMG, LAWA KOT.."
dier jerit, ah kantoi". and terus masuk bilik air. aku dah serba salah dah. jangan lah sampai budak ni merajuk dengan aku. tapi dier tak merajuk pun, cume tak suka jerp dengan perbuatan tu. and disebabkan takut, aku tak pernah paksa dier tunjuk rambut dier. respect privacy dier. tapi sampai sekarang kitorang tak berhenti main tag. walupon terkadang tu aku marah dier kacau aku dengan tag tu. tapi sebenarnya aku yang mulakan tag tu. maybe sebab busy sangat so jadi tak waras and marah dier. i really think that i shouldnt do that anymore.
tapi, dalam jalinan ukhwah ni.. masih ada yang dingin antara satu sama lain.
baru je rabu lepas, kitorang buat sharing moment antara asrama. [yg dengan kawan aku tu laen].
pastu ade banyak jugak la yang lacking pada kitorang ni. aku nampak sangat, ketara bila diorang sume tak nak bercakap bile disuruh. they dont trust each other yet.
ada jugak masalah, junior yang tak nak kawan dier rapat dengan senior yg diorang suke.
aku rasa macam nak gelak jerp. dah macam orang bercintan!

2 !  random.
aku terasa taon ni cikgu-cikgu dah banyak berubah. eh, macam dah pernah cakap jerp sebolm ni kan?
but still takleh tahan bile certain teachers bagi pressure terlebih kat kitorang. SPM SPM.
ustaz yg aku cakap dalm post lepas kan, hari tu dier bercakap pasal penulis. yelah, dier kan pakar bahasa.. dier tanya, siapa yg ada blog kat sini. satu kelas tunjuk aku. malu siot!. pastu tetiba ustaz tanya, "kenapa kamu menulis? untuk apa?"
seriously, apesal keluar soalan KBKK pulak ni? aku nervous, lansun tak dapat fikir nak jawab apa.. malu giler.
cikgu kitorang, ade yg dh 60 lebih. dier kan taon , nampak sensitif. pernah dier taknak ajar kitorang. dier keluar macam tu jerp. tapi yg aku respek, kelas lepas tu mesti dier cari jalan camne nk atasi masalah yg buat dier touching tuh. seriously, i love her.

3 !  dana
maybe aku belom bagitau korang. tapi bulan 3 ni kelas aku nak buat khidmat masyarakt kat sabah. yeay!! tapi aku tak join. sengaja. biarlah diorang pergi.
tapi kan.. masalah nyer, dana baru 20% jerp dalam tangan kitorang. ntah macam mana pun aku tak tahu la.
mak aku kata 'siapa suruh pergi jauh2. kt gua musang nun, kat pahang, banyak lagi tempat org asli laen."
mak aku tak stuju. itu antara salah satu sebab aku tak nak pergi.
wajibat, kumpulkan RM200 setiap orang. tapi itu pun tak setel lagi. kalu ikut plan, memang boleh pergi. tapi disebabkan aku yg tak dapat cari ...... aku pon tak tahu nak buat camne. korang boleh tolong?

Sekolah Menengah Ibn Khaldun
Lot 4012, Lorong Hj Said, Batu 7, Jalan Kebun,
Seksyen 30,40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03-51623973      No Faks : 03-51623962
Laman Sesawang : http://www.ibnkhaldun.edu.my/menengah
Email : smibnkhaldun@yahoo.com
thanks. wassalam !



macam macam
Sabtu, 1 Februari 2014 {0} | Leave a comment ?

hye. assalamualaikum. selamat tengah malam.

sepatutnya sekarang ni aku tengah buat kerja atau tido.
tapi atas masalah teknikal, aku pun akhirnya melekat depan laptop ni
untuk blog. untuk novel. untuk fb. untuk twitter.

nampaknya aku tak dapat nak ushar preview/homepage blog ni. sorry for any typo or other mistakes.
novel aku sambung sikit jerp. tak mampu nak publish pun. takde cerpen.
fb... hurm (?)
twitter.. ... oh!

dekat twitter, aku suka tengok trending.
nampaknya hari ni trending sbs award and my name is khan kat tempat aku. and jugak harry of 1D.
aku still tak faham kenapa nak bising2 pasal orang kafir tuh. memang lah dier hengsem. tapi... fatih seferagic pon hensem gak.
pasal my name is khan. citer muslim terbaek? huh?? just becoz trademark dier "im not a terrorist" so sumorang pon pandang tinggi kat citer tu. pada aku citer tu macam menghina islam becoz banyak sangat auta nya. yalah, bagi duit zakat untuk kristian? layak ke?? kawien dengan hindu? sah ke?? entah la. yang penting aku tak suke dan tak setuju langsung dengan citer tuh.
oh ya. ada jugak trending pasal world hijab day.
aku nampak satu pic ni tulis, "obey sharia 4 a day" aku cam.. a day only??! what about the other days?
disobeying and just pretending dont know? should you?
hurm.. malas nak bising-bising sangat.
lagipun aku ni terlampau gila tengok trending sampaikan kawan aku pun dah tegur.

tadi petang aku tengok Miracle in Cell No 7. k drama taon lepas. ada park shin hye. dapat dari kawan aku.
nanges jugak la tengok citer ni. tapi lawak bodoh dier lebih influencing the story, aku rasa.
wateva. tengok lah sendiri kalu nak.

okeh la. aku rasa dah sampai limit aku merapu.
dah la. jumpa lagi laen kali. wassalam !







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby