Sky light
perubahan
Khamis, 30 Januari 2014 {0} | Leave a comment ?

hey, assalamualaikum.
dah sebulan tak menghadap laptop. rindunyer

dan disebabkan dah lama tak balek. aku rase macam ada banyak benda nak citer.
tapi sekarang ni aku dah lupe nak citer apa. hehe, aku ni nyaMuk kan?

hmm.
tahun ni, aku rasa banyak benda dah berubah.
tak tahu la sebab aku dah naek form five je ke atau apa.
tapi memang terasa perubahannya.

1 - cikgu yg dulu ajar tak faham dah semakin sempoi.
2 - putra yg dulu tak macam lelaki dah semakin bertanggungjawab
3 - aku yg dulu tak suka ambik tahu pasal orang dah jadi semakin banyak cakap.

so tahun ni, 2014 aku namakan tahun perubahan.

and aku harap semuanya akan berubah jadi lebih baik.

..

oh ya.
kepada form one, jangan ambik suntikan vaksin HPV.
kepada form three, jangan runsing kalau sakit sebab vaksin tetanus.
kepada kerajaan, KAMI BUKAN GUINEA PIG !!

dengarnya form five akan ada suntikan jugak nanti. takut..

..

mata aku semakin teruk la.. aku rasa munkin jugak efek sebab tak makan cili.
semalam aku search internet. nampaknya aku kekurangan vitamin A.
boleh menyebabkan buta dan kematian.
antara simptom, sensitif dengan cahaya.

huhuhuhuhu...

kepada mereka yg rasa macam badan tak berapa betul.
silalah cari tahu apa masalahnya. jangan buat derk je.
nti menyesal tak sudah.



okkaerinasai !!
Ahad, 12 Januari 2014 {0} | Leave a comment ?

assalamualaikum !!




okeh. mesti korang terkejut kan bile aku tetiba keluar jepunjepun ni..
dulu memang aku gile sikit dengan jepun ni. sikitsikit "nak pergi jepun lah" "nak kawien orang jepun lah"
ye lah budakbudak.
sejak masuk asrama, aku dah kurang. sebab dah hilang info tentang jepun. kurang sangat...
dan aku ni bukan jenis suka/reti mencari. aku tak follow gilegile semacam mana org follow diorang punya artis.
aku tak buat semua tu. malas.
tapi tadi.. aku tertengok show "vs arashi" kat tv8. show ni start taon 2008. [google bgtau]
aku dah agak yg ni show lama. matsumoto jun nampak comel, tak nampak hensem. and lagi satu hairstyle artis jemputan tu dah outdated.
hehe. aku tahu lah. aku suka search tentang hairstyles dua tiga menjak ni. tapi tak tahu semua la.
aku tak ingat apa nama artis jemputan tu. aku cari pon tak jumpa. memang tak ingat.

korang nampak tak gambar 6 superheroes tu. tak nampak? lagi 9 malam lah tu.
cheh, kidding.
itu saranghae tv9 untuk minggu ni.
adek aku td gdik nak balek lambat sket. sudahnya, mak ngantuk sruh balek esok pagi. still at home. sebab tu lah dapat tengok citer ni. gelak golekgolek woo. memang dah lama tak gelak ketawa ramairamai macam tu. yelah, kalu bergelak ketawa pun selalunya bukan sumorang ketawa. dah besar, hilang humor sense. i think.
tapi sumpah memang lawak habis citer ni. tang melankolik dier pon sempat lagi melawak.
tabik pengarah and scriptwriter dier!!

tadi masa tengah siapsiap yang kononya kata nak balek.
aku search pasal ketuat.
becoz aku ada ketuat.
dan kawan-kawan aku pon ada ketuat.
baru aku tahu yang ketuat boleh berjangkitan by sentuhan. patutlah ada kawan aku tumbuh ketuat dua.
penat lah dok bukak artikel sana artikel sini. tapi sume pon lebih kurang sama jerp.
pastu aku pi cakap dengan mak aku. then dia mention yang dier terlupa bagi ubat kat aku.
corn cap je. bukan yang famous disebut dalam artikels.
so aku dengan bangganya mencoba obat tersebut. biarpun ada allergy warning untuk soya.
aku takleh minum soya. tapi tak tahu pulak tak boleh letak peanut oil.
aku tak tahu sebab allergy tu ataupun just becoz ketuat tu yang memang tengah gatal.
sebab kadang-kadang kaki aku gatal. sebab kena air. dengan berplasternya lagi lah senang gatal kan?

hmm. okeylah. dah mengantuk sebnanyer. mengantuk sangat sampai dah tak faham ayat terakhir tadi.
so see you whenever ill get to see you. wassalam!!

//post ni terasa panjang

after edit: ugh, cara paling senang maybe korek kot. tapi luka lepas korek tu kena jaga leklok ah.



bebelan seorang form 5
Jumaat, 10 Januari 2014 {0} | Leave a comment ?

8 Januari. Rabu - 0904
hari ni Rabu. tapi dah start buzy dengan asrama and study. maklumlah, dah from 5.. nak SPM lagi, nak conduct asrama, conduct persatuan sume bagai. rasa macam penat.
ceh, bukannya aku ada jawatan sangat pun. tapi ntah kenapa sekarang ni aku takde mood nak buat apaapa. nota chemi yang cikgu suruh buat sejak khamis lepas pun tak nak dibuat. awalawal dah suruh buat nota? bab tahun lepas.. tak habis silibus. pastu cikgu tak nak terangkan pulak tu. blur aku jadinya.. tapi sebnanye cikgu memang takkan ajar dalam kelas pon bab yang macam ni. bab apa? bab 9 : bahan kimia dalam industri.
satu lagi kerja..karangan BA. huh.... lagi la bertambah-tambah blur. ustaz suruh buat tajuk "matapelajaran BA yang menyeronokkan". serius aku takde idea. dapat empat (4) ayat jer. isy3, camne nak SPM nie??
sekarang ni, cikgu takde. cikgu tak datang. aku rasa nak tido. tapi dah tido cukup dah. aku tak nak biasekan tido banyak2 dalam sehari. sebab.. ada tiga perkara yang membinasekan umat :
BANYAK makan
BANYAK cakap
BANYAK TIDUR
hmm, dah la. dah tak tau nak citer apa.
eh? bukan ke banyak perkara yang jadi dalam seminggu ni?
takpelah, bukan untuk public sharing.
keh. wassalam!!


9 Januari. Khamis - 0810
oh, hari khamis! esok boleh balek. aku dah homesick dah. AA pun homesick. mars pun homesick.
rase kelakar pulak sebab mase aku form 1 dulu, minggu kedua baru terasa nak balek. tapi dah form 5 ni, baru hari kedua dah rindu. masingmasing rindu rumah sebab nak jumpa somebody. aku nak jumpe ainnur, AA nak jumpe adek dia, mars pulak nak jumpe monyet belaan dia..
apsal gelak? aku tak tipu la, serius! mars rindu monyet!!

hmm..

aku banyak kali dengar orang sebut 13hb. aku cam.. urgh, rindu la! 13hb yakni isnin nanti birthday mr k. paut tak aku wish macam taon lepas? rasa macam tak patut tapi.... =="

.
.
.

Korang nak tau.. aku mule rase tension walupon baru masuk sekolah. kerja sekolah menimbun tapi tak terasa nak buat. mood hilang sebab pikirkan pasal budak2 junior.
Diorang tak buat masalah sangat tapi disebabakan panaurama sekolah ni and jugak organisasi pengawas yang masih belum terurus, aku jadi pening. aku dah 3x tersilap time nak solat. solat jadi tak khusyu'. TT
==

ok lah. tu je kot nak membebel hari ni.
sedikit sebanyak kisah hidup seorang form 5..
wassalam!

10 Januari. Jumaat - now
assalamualaikum. yang tadi tu bebelan time dalam kelas. sempat lagi kan aku menulis. ye lah, bosan. nak mengarang cerita nanti tak mampu stop pulak. terganggu pelajaran.
petang tadi dekat sekolah, ada meeting BPS yang pertama. banyak muka baru bahkan dari form 5 sendiri. uniform dah ubah sket. tudung hitam. rasa macam heck, sebab tahu panas bila pakai macam tu. kenapa lah junior terlebih setuju dengan cadangan tak bernas tu?? isy3.
ade form 5 tahun lepas kematian ayah. berpunca dari kegagalan buah pinggang. alhamdulillah dia dah habis jawab kertas SPM. macam mana aku tahu tentang ni? AA call mak dia, mak dia yang cerita. alfatihah buat beliau.
oh ya, nak cakap pasal rutin untuk tahun ni.
jadual asrama makin ketat. tapi bukan itu yang aku nak cakapkan. just nak cakap pasal diri aku.

  1. tadi time sume budak putera takde aku lepak dengan 1F, melayan keindahan biru hijau hitam kat situ. rasa macam nak buat camtu sepanjang tahun. tenang.
  2. nak bangun awal pukul 4.30. basuh baju baru mandi.
  3. tidur dua kali sehari dalam kelas. 8.30 and 3.15. nap for 10 mins.
  4. tengahari tak nak makan nasi. makan kerepek jerp.


hmm. itu je lah kot. this is a lot compared to the others right?
so, see you when i get to see you. wassalam!







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby