Sky light
adab fi khalah.
Jumaat, 28 Disember 2012 {0} | Leave a comment ?

salam.. hari ni, eh! post kali ni, aku nak citer pasal adab bertandas.
korang sume tahu tak salah satu adab dalam tandas is jangan meludah dalam mangkuk jamban.

sebab musabab benda ni jadi satu adab is airliur kan satu wadah kita membaca alquran. so, saliva kita tu sedikit sebanyak mengandungi mukjizat alquran. tak elok la kalu bercampur dengan najis kita, kan?
bila aku dapat tahu, aku jadi macam pening kepala sket sebab selalu kalu nak muntah mak aku sruh muntah kat jamban. aku pun confuse tak tahu nak ikut yang mana. tapi sebab aku takde nak muntah dalam masa terdekat tuh so aku pon biar je la. malas nak ambik peduli.
then, tadi aku tak sedap perut. bila aku muntah.. aku jadi serba salah pulak. dah tu timetime tu jugak aku rasa nak terkucil. sebab dah terdesak sangat aku pon lepas jer la.. rasa bersalah tu aku tolak tepi. bila difikirkan memang patut pon kita ikut adab ni kan...? aku masih confuse entah manamana aku nak muntah nanti.... (?)
kesimpulannya, adab itu patut dipelajari. ilmu itu tidak boleh dilupakan.

then, nak citer pasal cerita i am legend dekat tv3.
pasal saintis tentera US cari penawar untuk zombie dekat big apple. dengan anjing betina dier yang cute tuh.
tak puas hati betul aku tengok tadi. boleh pulak tv3 tuh buat hal. entah cd dier yang rosak ke, or tv3 tu memang tengah ada masalah somethinsomethin ke.. aku betulbetul panas..
citer tengah syok boleh pulak dier takde subtitle and sound pon trouble. ciss! saket hati betol.
anyways, memang sedih giler bapak bila terpaksa tinggal sorangsorang bercakap dengan anjing. tv pon tengok yang rakaman dari tiga tahun lepas entah berapa kali ulang pon dah bosan nak kira.
walupon dier mati tapi kira puas hati bila research dier berjaya.

cakap pasal muntah, anak sedara aku demam. munkin sebab semalam ambil vaccin so immune dier low.
masa tu dier elok jer main tau. then aku nak cium dier. tepattepat dalam 2cm mulut aku dari mult dier, dier muntah. che.. masuk hidung plak tuh!! aiyoo.. aku tak muntah sebab tu tapi its still gross!!!

semalam beli buku and aku terus rasa excited nak pergi sekolah.
korang dah sedia?



2012 │ otak mereng
Isnin, 24 Disember 2012 {0} | Leave a comment ?

setelah terjaga semula dari tidur yang panjang pada pukul 3 petang. aku tertanya di manakah abang kandung aku dan jugak adik aku. aku sebut kandung untuk membezakan dengan abang ipar aku bukan sebab aku ada tiri atau apa, nauzubillah. then rupanya diorang berdua tengah tengok inazuma eleven go dalam bilik. disebabkab nampak menarik, nampak best aku pun join sekaki. sedarsedar jam dah pukul 8.30.. bukan kitorang tak stop menonton cuma aku jer yang tak reti nak tengok jam. maklumla rumah depan surau so senang tau bila masuk waktu. then aku pun keluar dari bilik dan cari baby.
  • mak, mana nur?
  • dengan mama dier..
  • oh, along dah balik??
  • hei.. [ketawa] rumah ni baru ada lima bilik jer...
durh, apsal aku boleh tak perasan lansun yang bilik sebelah bilik aku tu ada orang kat dalam? ya rabbi...
pastu kitorang makan dan sambung tengok inazuma eleven sampai dekat 30 eps dalam sehari  ni.. pergh naik muak aku. kepala aku dah tak boleh nak bezakan watak becoz sume rambut tu gaya/warna lebih kurang jer. abang aku pon dah naik muak. munkin sebab banyak scene ulangulang kot. so, kitorang pon decide untuk berhenti. tapi aku terfikir pasal cerita robot hari tuh. aku minat nak tahu pasal 2012 alah yang dier selit dalam citer tuh. katanya solar storm akan terjadi pada 2012 2015 2019 dan 2020. kalu tak silap aku lah. korang boleh tengok kimijima report tu dalam citer robotics notes. bukan aku nak kata yang aku percaya benda pasal tarikh kiamat tu sume tapi aku cuma aware sebab citer 2012 yang omputih buat tu kan ada kaitan dengan yahudi. so aku fikir munkin jepun ni pon macam tu jugak. bukan ke freemasonry tu ada network global? eh terbalik, global network. hadoi, sekolah nak bukak otak pulak masih tak cukup suis entah kemanamana jer la aku campak suis nya..
then lepas tengok benda alah tu, aku try siapkan bab9 tapi still rasa malas. so, aku pon buatlah maafkan aku plus. hehe. merepek jer kan? isyisyisy..
then, aku try nak edit blog lagi tapi nampaknya aku juz mampu betolkan fly button tu je. itupon dengan membuka pagesource orang. shit! kenapalah aku ni immoral sangat dua tiga menjak ni? kau tahu, sebab aku takut hilang data pasal bendabenda yang aku pernah buat so, aku simpan satu list css properties dalam pendrive aku. sume yang aku belajar aku copypaste kat dalam tuh. daripada basic link hover, blockquote sampai lah ke function new tab dan fly button tuh. aku suggest korang buat gak ah. sebab aku banyak kali buat lepas tu aku jadi bengong dan terpaksa ubah balik semuanya. bermaksud aku kena cari balek tutors untuk apa yang aku buat sebelum ni. but sebahagian tutors tu had been deleted by the authors. kecewa aku..
so sebab tu la aku cadangkan korang buat semacam mana yang aku buat. aku banyak save blogskin gak tapi aku tak tahu bila nak guna so, it wasted the memory space. but since aku belom nak penuhkan pendrive alah tu dengan benda lain so aku biar je la. so aku nak nasihatkan
fikir elok2 sebelum anda download sebarang benda dari internet.
nanti rugi masa, space dan tenaga la of course.
lepas aku rasa puas hati sket dengan sume tuh aku pon bukak la manga. and still tak rasa nak tido walupon hakikatnya mata dah kuyu rasa sembab macam ada sponge.
keh la. banyak dah aku merapu pasal tutor. bukannya ku nak buat tutor sendiri pun. tak berminat la. sorie.



menakotkan
Sabtu, 22 Disember 2012 {0} | Leave a comment ?

tadi aku pindahkah sume lagu kat mp aku yang dah nazak tinggal tunggu nak mampus. tibatiba, masa aku sedap memindahkan mereka, comp shutdown. pergh, apahal pulak ni? banyak kali aku restart. banyakbanyakbanyak kali tau tak?! then keluar satu warning, windows is checking file H. aku terfikir. mp tu file G. alamak, apahal la pulak ni?? aku dah takot dah. akak aku dah sound dah hari tu.
aku tak kesah pon beli yang mana, sume sama jer.
kalu kena virus, down, memang tak boleh gune dah.
aku gilergiler punya cuak jap tadi. ada ke dibuatnya macam tu kat pendrive baru aku?? durh, itu hadiah pulak!! aku sayang siot.. then, kali terakhir dier dah okey. aku cepatcepat scan virus. aku tak perasan pulak ada satu text file ni bagi report. windows dah scan and its okay. #lebih kurang la.. pastu aku mengeluh. buang karan jer aku scan.. cheh, bukan patut aku bersyukur ke dengan sume ni..? isyisyisy...
okeh. pasal copycat whatsoever yang aku cakap tadi. mustahil la aku boleh come up dengan idea sendiri untuk design template. baru setahun jagung ada hati nak buat macam tu. common la kalau aku tiru orang sikitsikit kan? ada bukti jugak aku belajar bila aku ubah apa yang aku tahu. bukannya aku copypaste kerja dia pun. aku ada usaha aku sendiri. and, manusia memang belajar dengan meniru. macam mana gaya mak bapak korang berjalan, macam tu la korang berjalan. sebab masa kecik kita tiru mak bapak kita. kita kan tak tahu apaapa lagi. and solat sekalipun. rasulullah suruh solat semacam mana rasulullah solat. kita tiru rasulullah la kan.. and aku tak isytihar pun idea orang sebagai idea aku. aku ada credit dier gak.. #cheh aku ceramah panjangpanjang ni sebab rasa bersalah sebenarnya. bukannya ada orang bash aku ke marah aku ker... durh, aku...
ni tengah guna laptop bapak aku. berat dowh nak tekan keyboard dier. tension aku. so, disebabkan aku rasa nak sambung menaip citer lesbo tu jap agi. apa kata aku tutup laptop bapak aku dan pergi mandi dulu.
citer fitrah cinta tu korang kena selalu ingatkan aku untuk terus berusaha buat.
okeh. takmo merapu lebihlebih..



10 steps for suicide
Khamis, 20 Disember 2012 {0} | Leave a comment ?

assalamualaikum. ini ialah post untuk orang yang rasa putus asa dengan kehidupan.
specially wrote for malays =]

  1. ucap dua kalimah syahadah. korang kan dah nak mati..
  2. ambik tuala dan masuk bilik air.
  3. seperti biasa bukak baju dan mandi. biar bersih sikit. niatkan "sahaja aku mandi wajib kerana allah taala."
  4. mandi bersih-bersih. lepas tu ambik air semayang elok-elok.
  5. sekarang, bentang sejadah dan angkat takbir dengan niat "sahaja aku solat taubat nasuha kerana allah taala"
    sujud terakhir doa supaya allah ampunkan dosa-dosa korang. takkan korang nak mati masuk neraka pulak kan?
  6. okeh, dah selesai solat? doa supaya lepas ni korang akan lebih tenang daripada biasa.
  7. bukak Quran.
    "Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)
  8. korang masih nak bunuh diri?
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” Riwayat Abu Hurairah
  9. sekarang ni, pergi cari mak ayah korang atau sesiapa yang korang rasa selama ni selalu jaga korang. pastikan korang makan. pergi mintak maaf kat diorang dan bincanglah masalah korang dengan dia elok. 
  10. ingatlah Allah sentiasa menjaga kita. doa mintak Dia tolong kita dan teruskan membaca AlQuran.AlQuran ialah panduan hidup kita. selain tu korang jangan abaikan hadith. sebab dua ilmu ni saling berkait.  kata Umar ra, kalu unta aku lari dari hambatan nescaya aku akan mencari penyelesaian di dlam AlQuran dan hadith
    AlQuran ialah panduan hidup kita. selain tu korang jangan abaikan hadith. sebab dua ilmu ni saling berkait.

so, jangan bunuh diri. sedangkan Allah menyayangi kita, kenapa kita nak lukai diri kita sendiri?? dengan mengikut cara aku ni, korang akan dapati diri korang yang inconfident tu dah mati. dan lahir la diri korang yang baru. jadi siapa kata korang perlu hilang nyawa untuk bunuh diri??
dengar lagu ni, kafir pun tak putus asa...
sesungguhnya mereka yang berputus asa dari rahmat allah,
mereka itulah orang yang rugi.



taking lives
Isnin, 17 Disember 2012 {0} | Leave a comment ?

hei, semalam aku tak sempat post pasal citer taking lives kat tv2. adek aku baru balek dari kem. then dier marathon tengok anime apa ntah. pukul 3 aku tido. bangun kol 2 tadi. terukkan?? hehe
so, bercakap tentang taking lives semalam. memang giler. Angelina Jolie jadi seorang fbi profiler nama Scott Illeania. pastu ade sorang psychopat ni bunuh orang untuk hidup jadi orang yang dia bunuh tu. sume jadi sebab mak dia lebihkan kembar dia. sebab tu la dia benci jadi diri sendiri. aku first tengok dari part yang seram. dier pegi tengok rumah sorang mangsa ni, then sorang ni ushar bendabenda yang berselerak atas meja ke apatah benda tu. then dier nampak satu jari. dier tenung ah, betul ke ni jari. then laki tu panggil Angelina Jolie. time tu la mayat jatuh tergantung depan mata. menjerit aku. huh!
pastu scott gi rumah mak pembunuh tu. then mak dier macam sorokkan something. Scott suruh orang bawak mak dier pegi tempat lain. untuk perlindungan la konon. pastu dier ushar basement orang tuh. ada bilik dengan katil. gelap sangat. Scott nampak ada ukiran. bukan ukiran.. macam patung kayu yang cantumcantum tuh. dier ambik dua daripada empat. buat evidence kot. taktau la. then dier baring atas katil tu, munkin nak tengok kalu dier boleh jumpa somethin. bila dier pandang atas dier nampak ukiran nama MARTIN kat palang. Asher Martin tu nama pembunuh psycho tu. tiba2 dier kena tarik. menjerit aku lagi kuat dari tadi. then iklan and aku terlepas apa yang jadi. aku takut siot..!
then diorang dapat laporan dari sorang saksi ni yang galeri dia dipecah masuk. nama orang tu, Costa James. and diorang mintak Costa untuk tolong diorang tangkap pembunuh tu. Costa takut ah.. tapi Costa tak membantu pun. merosak keadaan jerp.
then diorang nak suruh Costa pindah. masa nak pindah tu, ada orang ceroboh rumah Costa. fbi yang jaga dier fikir dier okey jerp kat atas. Costa cube pertahankan diri sendiri. tapi lastlast dier jerit jer mintak tolong. abes ejen tu kena tembak.
pastu Costa nyer keta kena bawak lari Scott kejar ah. Scott nampak yang Costa kena acu pistol. seram doh tengok diorang memandu.. then Scott langgar apa benda tah kat tepi jalan. laki tu mati and Costa terus keluar dari keta. and keta tu meletop.. masa tu aku dah rasa somethin.
esoknya, Costa make love dengan Scott. then, mak Asher diminta untuk buat pengecaman. mak Asher tengok mata. then dier geleng terus keluar. sorangsorang masuk lif. tibatiba helo mom. dan dier pon mati.
Scott kejar Puan Asher. dier nampak Costa pegang Asher yang tengah berdarah. nampak terkejut. lif tertutup dan turun.
Scott terkedu. that's Asher. dier terus keliru. dier dah buat dengan pembunuh!!
lepas tu Asher Martin dapat larikan diri. sebenarnya yang ceroboh rumah dier tu orang yang kutip hutang dari Costa James. Scott keliru. dier kena pecat dari fbi.
jap belom tamat lagi. Pensyllvania, seven months later. aku tengok perut Angelina Jolie besar. argh, sedih giler mengandungkan anak orang yang dier benci. itu yang aku fikir. then pembunuh tu ceroboh rumah dier. sume pistol yang dier simpan takde kat tempatnya. pembunuh tu dah ambik. pembunuh tu kata nak start over. dier nak the boys twin tu dapat kasihsayang yang secukupnya. taknak anak dier jadi macam dier. Scott kata, NO! this is James Costa's. not yours.
pembunuh tu bengang ah. dier pukul Scott. Scott macam tak berdaya jerp. dah la mengandung 7 bulan... then pembunuh tu kata dier taknak anak tu lahir. dier cekik untuk pengsankan Scott. Scott capai gunting. tapi pembunuh tu rampas. and cucuk perut dier. masa tu aku belom perasan, perut dier tak berdarah. then dier rampas balik gunting tu and tikam jantung psycho tu.
psycho tu terduduk, keliru, sakit.. and Scott said 'all you saw,  i want you to see.' dan dier tarik perut palsu dari baju dier. terkejut aku. dier lagi psycho!!
then Scott call fbi. sejak sekian lama dier tak buat apaapa panggilan, bak kata psycho tuh. baru aku sedar ruparupanya ni memang rancangan dier untuk selesaikan kes yang start sejak psycho tu umur 16.
the end.
*sorry sebab gune gaya jepun untuk sebut nama diorang*
weyh, result pmr keluar lusa!!



#101
Rabu, 12 Disember 2012 {0} | Leave a comment ?

ehem. hehe. hari ni aku takde cerita baru. cuma nak cakap anak buah aku maken tembam.
weyh, korang tahu tak.. post yang lepas is my 100th post. hahahaha. not really though becoz aku ader delete beberapa post gak sebelum nih. keh, juz put that aside. anyways, its still the 100th!
haha. aku tak tahu nak buat apa pun untuk post nih. tuto pun tak pernah buat lagilagi nak bagi freebies. hancus!
so, my fitrah cinta is going in. blog aku pon dah tak tau nak letak apa lagi dah. #walupon masey tak puas hati. but school has got into my dreams. cant wait for it!!

thats definitely not school! XD
pictures credit to : http://candychang.com/


sume gambo merapu. dah la, see you tomorrow dekat fb. kan aku ada date kat situ.. *wink*



hi. im adler
Isnin, 10 Disember 2012 {0} | Leave a comment ?

ignore the title. takde idea.
so, korang tahu tak semalam aku ada terfikir sesuatu yang a bit childish and stupid? of course la korang baru tahu sebab aku batu bagitahu. haha. hei, semalam aku ada terfikir..
"susah nya nak taip balik sume novel yang aku tulis tuh. apakata buat iklan mintak tolong orang lain taip kan??"
haha! merepek. ada ke patut aku fikir nak cari orang upah dia taipkan novel aku ni?? durh. dah fikir siapsiap nak buat iklan siapa berminat. then kalu ada orang teringin then pos kan kertaskertas aku sekali dengan duit. RM10 ke, kan? then aku terfikir balik.. kalu tetiba dia mengaku yang hasil tu dia punya macam mana??? kalu dia jual dekat orang lain tanpa pengetahuan aku camne?? acano tah aku nak deal dengan benda alah tu. so, aku just akan terus berusaha untuk jadi lebih rajin. #cheh, kalu perangai macam koala tak de maknanya nak rajin.. so, aku terfikir lagi sekali.. kalu aku kawien dengan mr k, nak ke mr k tolong aku semacam mana yang dalam cerpen diari seorang penulis yang aku buat tuh?? and then aku terfikir lagi sekali, acano kalu mr k tak nak kawien dengan aku??? oh, itu masalah besar. siapa lagi aku nak tuju lepas tuh?? huh, so many complexion. haha
say, tadi aku ada post satu vid kan? aku rasa nak post lagi satu vid tapi sebab akak tu tak pakai tudung so aku hesitate jap. #cheh, walhal dengan affies gambo apa tah kan?? just cant remove it coz i really admires it. tunggu nanti aku dapat pendrive or sumthin like that aku dowload banyakbanyak. hehe!
so, this is the vid. untuk semua wanita di luar sana, jaga lah maruah anda.

the words are a bit harsh coz this is like her diary. sorry 'bout that.

Label:




dok hotel ^.^
Ahad, 9 Disember 2012 {0} | Leave a comment ?

hei, dah tiga hari aku tak menghadap blog ni. laptop jugak lah kan. last aku bukak pagi jumaat lepas just for blogwalking fatinhazwani. hati meronta nak bukak fb tapi tak kesampaian. merana siot! tapi takpe. dok hotel tengok tv maklumlah rumah aku takde astro. cheh, walhal tengok fox je pon.
haha. aku tak sangka, tak sangka, tak sangka.. aku tengok fox tu semalam then tetiba keluar cerita in time. cerita yang kak jue cerita dalam blog dier hari tu. yang pasal duit tukar dengan masa [lifetime] aka nyawa. gila sengal punyer cerita. sumorang tu patut dah mati masa umur 25. tapi at last modifier aka scriptwriter stuck kan diorang dekat umur 25 tuh. bayangkan muka kau 25 untill the end. tak syok langsung. yang kaya hidup dalam kebosanan, yang miskin hidup dalam ketakutan. mak anak bapak sume nampak sebaya. merapu!! tapi aku tertunggu cerita 60 seconds yang kak jue kata nak buat berdasarkan cerita tu. hehe.
kitorang tengok i robot gak. tapi tak tengok full. masa tu tengah syok tengok perfect match. hehe, pelikkan aku suka tengok rancangan alah tu. semalam tengok cinta dari syurga dekat tv3. mengingatkan aku dekat cerita yang aku dah peram setahun just because tak cukup pengalaman nak buat cerita masalah poligami+anaktiri macam tu. hmm. nanti aku usahakan lagi. korang tunggu je lah 2015. hahahhahahahaha!
okey, tu je kot yang aku nak merepek hari ni. tengah make bab 8 on the go. see ya!







CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby