Sky light
\?/
Sabtu, 14 Januari 2012 {0} | Leave a comment ?


Melayu semakin me-layu.
aku  bengang dengan masyarakat sekarang yang sangat berotak kecil/otak terlebih besar..
maksud aku, berfikiran sempit ataupun fikiran terlebih luas..
sebab bila kita : -berfikiran sempit, kita akan jadi.. diskriminator, pilih kasih..?, ..??..
                      : -terlebih luas, kita akan jadi seorang yang berkata.
 'lantaklah, dia dah besar.. mungkin itu memang cara dia...

fikiran yang rasional adalah seperti pemikiran Rasulullah.. 
satu hari, baginda SAW melihat seorang Yahudi dikuburkan.. dan baginda menangis..
seorang Sahabat menegur, 'wahai Rasulullah, mengapa kau menangis? orang itu yang lari serta berpaling dari kebenaran. usahlah kau bersedih..'
tetapi Rasulullah SAW menjawab, 'alangkah baiknya jika aku mampu untuk menyelamatkan dia dari azab Allah'

itulah Rasul kita, umat Islam. baginda begitu sempurna sehingga Allah memilihnya mengatasi seluruh makhluk yang telah diciptakanNya. walaupun pada hakikat, semua itu adalah milik Allah.. Allah-lah yang telah menjaga baginda dari segala kejahilan.. istimewa baginda...!

ana, hanya ingin menyahut seruan baginda. tatkala baginda bersabda:
ballighu 'anni walau a~yah..  sebarkanlah tentang (ajaran) aku walau satu ayat.
  kalau kita belajar bahasa Arab. kalimah " 'an " yang terdiri dari huruf " ain " dan "nun"
mempunyai 2 maksud: tentang & daripada..
dan ana memahami hadits tersebut sebagai, 
 "aku kena beritahu mereka tentang kehidupan rasul SAW"

akhir kata; ana tak tahu nak buat apa lagi dengan blog ni..
jadi ana nak kongsikan pengalaman dan ilmu yang ana dapat di sekolah ana..
kerana setiap orang itu berbeza.. 
Hadits Rasulullah SAW: yang terbaik dikalangan kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya

tak salah kalau kita ambil konteks yang berbeza..

maafkan ana kalau ana ada tersasul selama mana ana blogging di sini. ana budak lagi, sering keliru.








CREDITS
Themes by Apis
Sidebar by Wana
Backgrounds : Nana
Others : Wanaseoby